Thursday, 30 June 2016

Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Mengarut!

TAHUN lepas, industri fesyen tempatan digegarkan dengan rekaan ‘kontroversi’ Baju Melayu daripada segelintir pereka tempatan yang cuba memaparkan kelainan dalam setiap sentuhan kreativiti mereka.

Buktinya, sebelum ini baju Melayu Hipster yang bertemakan corak; baju Melayu ‘Sado’; baju Melayu Teluk Belanga bersama Bow Tie; selain kurta tanpa lengan serta jubah ala baju ibu ‘mengandung’ nyata mengundang cemuhan pengguna media sosial berikutan fesyennya disifatkan ‘terlajak’ unik.
Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu
Terbaharu, pereka fesyen Baju Melayu Hipster, Zery Zamry kembali mencetuskan kontroversi sama apabila cuba memberi nafas baharu kepada pakaian lelaki, iaitu kain pelikat hipster.
Zary Zamry dilihat cuba menambah sisi ‘lembut’ si jejaka dengan merevolusikan pakaian tradisinal ini dengan menjadikan ia lebih flamboyan.
Sentuhan pereka fesyen ini mungkin ingin memfokuskan penggunaan kain pelikat agar diberi perhatian oleh masyarakat muda zaman ini namun, sentuhan yang dibawakan bagi kami adalah lebih ke arah baju kurung wanita. Cuba anda perhatikan sendiri di bawah.

Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu
Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu
Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu
Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu
‘Kain pelikat hipster’ ini hadir dalam pelbagai warna daripada yang terang hingga kepada warna lembut dan konservatif, sekali gus menjadikan anda lebih berani untuk ‘menonjolkan’ siapa diri anda yang sebenar.
Biarpun konsep yang ditampilkan juga tidak keterlaluan seperti sebelum ini, namun rekaan fesyen dibawa Zary ini bagi kami tidak ubah seperti elemen ‘jubah mengandung’ yang pernah mendapat kritikan teruk peminat jubah tempatan.
Apa kata anda? Beranikah anda memakai pakaian seperti ini pada satu Syawal nanti? – MYNEWSHUB



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib