Saturday, 4 June 2016

Beg Tangan Termahal Dunia, Hermes Kulit Buaya Albino

BEG tangan mewah berjenama Hermes yang dilelong pada harga AS$300,168 (RM1.23 juta) kini mencatat rekod bagi beg tangan termahal di dunia.

Beg tangan itu dijual kepada seorang individu yang enggan identitinya didedahkandalam satu acara lelongan di Hong Kong, Isnin lalu.
Tas Tangan Kulit Buaya Albino Dilelong RM1.23 Juta
Beg tangan daripada koleksi ‘Himalayan Nilo Crocodile Birkin‘ itu bersalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli. Manakala pemegangnya disaluti emas 18 karat.
Harga itu mengalahkan rekod tahun lepas daripada jenama sama, yang berjaya dijual pada harga AS$222, 912 (RM920,705).
Hermes yang terkenal sebagai pengeluar beg tangan mewah, memiliki ladang pembiakan buayanya sendiri dan kulit buaya albino merupakan sesuatu yang luar biasa.
Tas Tangan Kulit Buaya Albino Dilelong RM1.23 Juta
Hermes salah satu jenama beg tangan yang menjadi pilihan selebriti ternama, antaranya Victoria Beckham dan Kim Kardashian.
Tas Tangan Kulit Buaya Albino Dilelong RM1.23 Juta
VICTORIA BECKAM (KIRI) DAN KIM KARDASHIAN BERGAYA DENGAN BEG TANGAN HERMES.
Koleksi eksklusif beg tangan ini dihasilkan dalam kuantiti terhad dan ditawarkan kepada pelanggan elit Hermes yang ‘terpilih’ sahaja. – MYNEWSHUB.CC



0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib