Monday, 6 June 2016

3 Bilik Hotel Termahal Di Asia, Harga RM180 Ribu Satu Malam!

Selalunya bila pergi bercuti atau pun ke luar kawasan atas urusan kerja, kalau boleh nak cari hotel paling murah. Lagi murah, lagi bagus.
Tapi, jika anda ni jenis ‘poket tebal’ anda boleh la menginap di bilik hotel jenis suite termahal di Asia ini.
Menurut laporan CNN, terdapat 15 bilik hotel termahal di dunia, tapi kami senaraikan di Asia sahaja.

1. The Presidential Suite di The Raj Palace Hotel, Jaipur, India

1F
Luas suite ini 1,500 meter persegi dan salah satu bilik hotel terluas di Asia. Bilik jenis presidential suite ini mempunyai empat  tingkat dengan didekorasi mewah.
Tingkat atas dilengkapi kolam renang peribadi dan dapat melihat panorama indah bandar Jaipur. Terdapat juga muzium peribadi dalam bilik ini kerana terdahulu ia merupakan kediaman raja.
Berminat? Pastikan anda mempunyai USD45,000 atau RM182,769 untuk satu malam.   

2. Ritz-Carlton Suite, Ritz-Carlton, Tokyo

2F
Luas bilik ini 300 meter persegi. Ritz-Carlton Suite ini memiliki kemudahan yang sudah tentunya hebat. Permaidani mewah, bilik air luas, katil besar malah televisyen lebih dari satu.
Bilik ini terletak di tingkat paling dan anda boleh menikmati panorama indah hingga ke Imperial Palace Roppongi Hills, dan Gunung Fuji.
Suite ini ditawarkan dengan harga USD26,300 atau RM106,818.77 untuk satu malam.

3. Royal Suite di Burj Al Arab, Dubai

3F
Sejak dibuka pada tahun 1999, bangunan Burj Al Arab begitu ikonik dengan bentuknya yang seperti kapal layar.
Setiap jenis suite mempunyai dua tingkat dan turut disediakan whirlpool di bilik mandinya. Terdapat ruang tamu dan ruang makan, malah ada pelayan peribadi untuk setiap bilik
Tertarik untuk menikmati kemewahan ini? Sediakan dahulu USD18,716 atau RM76,015.97 untuk satu malam.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib