Wednesday, 25 May 2016

Wanita Bertudung Sanggup Jual Nasi Lauk Babi Di Indonesia

Wanita Bertudung Jual Nasi Babi Di Indonesia
GAMBAR viral yang memaparkan seorang wanita bertudung tetapi berniaga nasi berlaukkan daging khinzir, menerima pelbagai respon negatif di kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat, Indonesia.
Foto berkenaan yang tertera menu “nasi uduk babi buncit” pada mulanya dianggap palsu oleh netizen tempatan, namun perkara tersebut disangkal pemuat naik gambar, Hanny Kristianto.
Beliau malahan mendakwa telah bertemu sendiri dengan wanita Muslimah itu. Katanya, wanita itu berniaga nasi daging khinzir di sebuah gerai di pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat.
Dia kerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya kerja di sana kerana terdesak selepas sukar dapat kerja di tempat lain dan terpaksa jaga keluarganya,” katanya.
Nasi Uduk Babi Buncit
Pemilik kedai mohon maaf kes viral.
Gerai berkenaan dibuka setiap hari dan sering dikunjungi pengunjung dari dua gereja berhampiran pasar raya itu.
Terdapat satu kain rentang yang jelas memberitahu gerai berkenaan memang menghidangkan daging khinzir dan bukan untuk orang Islam.
Tambah Hanny, wanita bertudung itu beragama Islam bukan dan beragama Kristian Ortodoks seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini.
Bagaimanapun, jelasnya, wanita bertudung itu hanya bekerja sebagai pelayan bukannya pemilik gerai berkenaan. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Bintang

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib