Thursday, 5 May 2016

Terengganu benam Sarawak, T-Team tewas di Shah Alam (9 Gambar)

Pasukan Terengganu melawan Sarawak malam tadi. -Gawang
Terengganu bangkit daripada empat kekalahan sebelum dengan membenam cabaran Sarawak 3-2 dalam perlawanan ke 10 Liga Super malam tadi.

Ternyata Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah membawa tuah kepada pasukan Terengganu melakar kemenangan yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong setia Peteh.

Joseph Klang Tie membuka jaringan pertama Skuad Penyu apabila menyudahkan hantaran Ashari Samsuddin pada minit 16 menewaskan penjaga gol Sarawak.
Bujang Senang tidak menunggu lama untuk merapatkan jurang apabila penyerang import Makeche Ndumba memanfaatkan peluang dan kawalan lemah pemain pertahanan tuan rumah untuk keputusan seri 1-1.
Pelawat menambah jaringan pada minit ke 45 menerusi sepakan penalty Junior De Souza akibat bola terkena tangan Hasmizan Kamarodin.
Selangor dan T-Team di Shah Alam. -FB T-Team
Kedudukan terkini carta Liga Super.
Babak kedua mempamerkan kebangkitan pasukan Hitam Putih selepas kapten Ahmad Nordin Alias mudah menolak masuk bola muntah sepakan percuma Gustavo Lopez minit 50.
The Silent Killer memastikan tuan rumah mengutip 3 mata penting apabila menyumbang gol ketiga selepas sepakan leret memperdaya penjaga gol Sarawak.
Keputusan kekal 3-2 hingga tamat permainan.
Sementara T-Team pulang hampa tewas kepada Selangor 1-2 di Stadium Shah Alam yang menyaksikan gol minit akhir perlawanan membezakan kedua-dua pasukan.
18 Mei depan Terengganu akan bertemu T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. –Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib