Thursday, 26 May 2016

Bagaimana Levi’s Mempengaruhi ‘Scene’ Fesyen Di Jepun

Lusuh tidak semestinya tidak bernilai. Jadi kalau anda ke bundle dan terjumpa sehelai seluar jeans yang sudah usang tetapi harganya sangat mahal, mesti ada sebab kenapa tuan kedai letak harganya begitu.
Sempena ulang tahun ke-126, seluar ikonik Levi’s 501, Levi’s mengeluarkan dokumentari pendek berkenaan pengaruh Levi’s pada peminat fesyen di Jepun. Orang Jepun sangat gemarkan Levi’s kerana mereka sangat suka dengan gaya Americana. Special orang Jepun ini adalah apa yang mereka pakai, mereka akan pakainya lebih baik dari orang Amerika sendiri, dicampur pula dengan gaya mereka yang tersendiri.
l1
Semuanya bermula dengan filem koboi dan motosikal yang terbit dari barat. Budaya jeans yang dibawa oleh Marlon Brando, James Dean, Roy Rogers dan Clint Eastwood dalam filem membuatkan populariti seluar jeans meningkat naik di Jepun. Walaupun Levi’s sudah berada di pasaran Jepun sejak tahun 1950an lagi, tetapi jumlahnya sangat kecil.
Marlon Brando memakai Levis 501 dan jaket Schott Perfecto
MARLON BRANDO MEMAKAI LEVIS 501 DAN JAKET SCHOTT PERFECTO
Pakaian James Dean untuk filem 'Rebel Without A Cause'
PAKAIAN JAMES DEAN UNTUK FILEM ‘REBEL WITHOUT A CAUSE’
Jadi apa yang peminat jeans ini buat? Mereka pergi sendiri ke Amerika untuk mencari jeans Levi’s di kedai-kedai thrift shop kerana mereka mahu mencari model-model lama, bukan model yang terbaru. Mereka ingin mencari model seluar jeans era Marlon Brando dan James Dean.
Jadi para peminat jeans inilah yang mencorak market jeans Levi’s di Jepun. “Tiada undang-undang untuk memakai seluar 501 ini. 501 sangat mudah untuk dipadankan dengan Japanese Culture,” kata salah seorang peminat Levis, Fumika Uchida.
Antara peminat tegar Levi’s adalah founder A Bathing Ape, Nigo. Bagi beliau, jeans adalah sangat penting baginya. Beliau sangat sayangkan setiap Levi’s yang beliau ada. Jika koyak, beliau akan tampal dan tidak membuangnya. Bukan setakat jeans, beliau juga mengumpul banner dan produk advertising Levi’s kemas di dalam store rumahnya.
Nigo 1
Walaupun Levi’s berasal dari Amerika, tetapi terdapat ramai Levi’s experts di Jepun. Mereka siap mempunyai buku untuk menerangkan keistimewaan seluar jeans 501 bagi setiap tahun yang dikeluarkan. Setiap perincian, setiap perbezaan kecil, mereka rekodkan dalam buku berkenaan.
Boleh dikatakan setiap produk fesyen terkenal Jepun pernah mengambil inspirasi dari Levi’s. Levi’s mempunyai sejarah dan pertalian yang kuat dengan peminat fesyen di Jepun. Pernah saya dengar satu cerita di Buntil KL dahulu. Mereka pernah menjual sehelai jeans Levi’s vintage kepada pelancong dari Jepun dengan harga puluhan ribu ringgit. Orang Jepun ni, kalau mereka dah minat, pasti mereka akan beli.
levis tag
Begitulah bagaimana Levi’s membentuk budaya fesyen rakyat di Jepun. Anda boleh lihat dokumentari tentang Levi’s ini di video di bawah. Dalam dokumentari ini, mereka menemubual top gun industri fesyen Jepun antaranya Nigo (BAPE), Shinsuke Takizawa (NEIGHBORHOOD), Erik Brunetti (FUCT), Motofumi “Poggy” Pogi (United Arrows And Sons), Yo Shitara (BEAMS) dan pemilik butik vintage di Tokyo Hitoshi Hoshida (J’antiques).
Kalau di Malaysia ni, kalau anda nak cari kedai vintage yang best untuk beli jeans Levi’s 501 lama, boleh cuba cari di Kompleks Campbell di KL atau pada hujung minggu di Jalan Raja Bot, Chow Kit. Confirm anda rambang mata. -sumber thevocket

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib