Wednesday, 18 May 2016

Anak Mohon Maaf Tuduh Doktor Buat ‘Operation Bodoh’

BARU-BARU ini satu posting yang dibuat seorang anak tentang kaki ibunya yang didakwa ‘disiat’ oleh doktor pakar di sebuah hospital telah menjadi viral.

Menerusi satu muat naik di Facebook, anak berkenaan menuduh doktor telah menganiaya ibunya dengan melakukan pembedahan ‘bodoh’ membuang ‘sel hidup’ pada kaki ibunya.
pic
Susulan itu, seorang doktor pakar ortopedik telah tampil menjelaskan kenapa dan apa yang dilakukan oleh doktor pakar yang melakukan pembedahan tersebut.
Penjelasan itu membuatkan individu yang memuat naik posting itu menerima kecaman netizen kerana bertindak melulu dengan menyebarkan sesuatu di luar pengetahuannya.
Setelah penerangan yang jelas dan lengkap beserta kecaman pada dirinya tersebar, kini individu terbabit, akhirnya tampil memohon maaf.
Jelasnya, posting itu dilakukan dalam keadaan marah apatah lagi, walaupun telah diberikan penjelasan oleh beberapa pakar pada 12 Mei lalu, dia hanya memahami tentang prosedur dimaksudkan setelah dijelaskan secara terperinci oleh doktor bernama Rosdi, yang menjawabnya di Facebook sebagai mana tersebar.
Individu berkenaan juga tampil menjernihkan keadaan dengan mengucapkan terima kasih kepada doktor yang terpaksa membuat keputusan demi menyelamatkan nyawa ibunya, selain terpaksa bersabar dengan kerenah mereka sekeluarga.
eee
Pada kami, semua orang pasti ada membuat kesilapan tapi yang paling mulia adalah mereka yang mahu mengakuinya dan memohon maaf.
Sama-sama kita jadikan kisah ini satu lagi pengajaran tentang perlunya bersabar dan berfikir panjang sebelum bertindak dan membuat posting di media sosial. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib