Tiga wanita direman oleh mahkamah Majisteret Kota Bharu di sini hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes pukul seorang remaja perempuan berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Chat di sini yang mejadi viral di laman sosial disebarkan sendiri oleh suspek untuk memalukan mangsa.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, perkara tersebut dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek-suspek yang menuduh mangsa mencuri barangan kemas selain menjalinkan hubungan dengan teman lelaki mereka.

Tegas beliau, sekiranya mangsa memang mencuri, mereka tetap tidak boleh mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
“Selepas membuat rakaman tersebut, suspek mengugut mangsa supaya jangan melaporkan kejadian (dipukul) tersebut kepada pihak polis.

“Bagaimanapun, mangsa telah mem­buat laporan polis, jadi dengan akal pendek mereka ini, suspek telah viralkan video tersebut untuk memalukan mangsa. Mereka tidak tahu dengan (usaha) memviralkan rakaman tersebut menunjukkan betapa kejam­nya perbuatan mereka itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Pencegahan Jenayah Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPL) Kelantan, di sini hari ini.

Tiga klip video membabitkan kejadian tersebut yang berlaku pada 15 Oktober lalu tersebar ke laman sosial sejak Selasa lalu.
Dalam rakaman ketiga video berdurasi dua minit 50 saat, baju mang­sa berusia 22 tahun ditarik oleh suspek sehingga menampakkan bahagian payu daranya.

Dada dan bahagian kemaluan mangsa juga dihentak dan dipijak beberapa kali.

Mazlan dalam pada itu berkata, polis sedang memburu tiga lagi suspek utama yang terlibat dalam kejadian terbabit yang dikenali sebagai Mok Bi dan Nija masing-masing berusia 20-an yang dipercayai membelasah mangsa selain seorang lelaki yang turut kelihatan dalam klip video tersebut.

“Pihak kami memandang serius perkara ini kerana amat memalukan apabila melibatkan masyarakat Me­layu dan pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Media sebelum ini menyebarkan punca pergaduhan susulan penipuan mangsa dalam perniagaan online. Namun, saksi kenalan rapat mangsa dilaman sosial menafikan pergaduhan akibat penipuan peniagaan online. Saksi menyatakan pergaduhan disebabkan cemburu buta. Difahamkan, teman lelaki suspek telah mempunyai hubungan dengan mangsa selepas mereka berpisah. Info tambahan, teman lelaki suspek adalah anak golongan berada.

punca
Gambar Suspek Kes Pukul Wanita Di Kelantan
suspek 1 suspek 2
suspek 3
suspek 4 suspek 5 suspek 6
Suspek Kini Sudah Ditahan Pihak Polis
ditahan
tangkap
Video Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Part 1
Video Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Part 2
Video Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Part 3
Video part 3 telah ditapis (sensored) kerana suspek telah mengaibkan mangsa.