Sunday, 6 September 2015

'Tolong Kak, Dompet Saya Hilang'

Baru sebentar tadi ternampak lelaki dalam gambar ini sedang bercakap dengan gadis bertudung merah. Bila diperhatikan, memang sah lelaki itu adalah lelaki yang sama cuba menipu saya pada bulan yang lalu.

Pada masa itu, saya seorang diri di ERL KL Sentral setelah terlepas train ke Putrajaya. Tiba-tiba saya dihampiri oleh lelaki muda yang nampak sihat walafiat ini dan mula menangis. Saya terkejut.

Menurutnya, dia telah dirompak di KLIA 2 dan semua bagasinya termasuk dompet hilang. Dia tak tahu nak minta tolong siapa. pinjam duit nak balik ke rumah. 

Dalam hati saya, 'Oh My God!'. Kalau ye pun, ada pula duit awak nak datang ke KL Sentral ni.

Katanya, itu duit dia yang terakhir. Saya dah mula berasa pelik kerana di atas ada ramai polis bantuan. Kenapa dia tidak meminta pertolongan dari mereka? Dia siap tunjuk laporan polis pada saya dan katanya 'ibunya' berkata jika ada sesiapa yang sudi menolong dia, ibu dia nak cakap melalui panggilan telefon.

Pelik, musykilnya. 

Akhirnya saya bersuara, "Kalau begitu, adik pergi sajalah pada polis di atas. Ramai yang boleh tolong. Saya tak ada duit,".

Jadi bermulalah drama air mata dia. Dia pergi duduk di tangga dan membebel seorang diri memarahi saya. 

"Eh? Ikut suka saya la nak beri duit atau tidak,".

Selepas itu, dia pergi menghilangkan diri. Hari ini di tempat yang sama, gadis bertudung merah ini pula yang menjadi mangsanya. Saya bersabar dan menunggu mereka habis bercakap dengan harap gadis itu tidak menghulurkan sebarang duit kepadanya.

Dari pemerhatian, dia masih menggunakan modus operandi yang sama. "Call ibu dia kalau boleh tolong dia,".  Apabila lelaki itu berlalu pergi, saya terus menghampiri gadis itu dan bertanya apa yang berlaku. 

Nampaknya gadis itu telah menjadi mangsanya dengan cerita yang sama juga dijaja pada saya. Malangnya gadis ini telah menghulurkan RM35 pada lelaki itu. Jadi, saya pun menceritakan yang lelaki itu pernah menjaja cerita yang sama pada saya. Dia terkejut dan tidak menyangka lelaki itu telah menipu dirinya.

Tak mengapalah, mungkin tak ada rezeki. Menyesal pula tak menyerang dia tadi. Agaknya berapa ramai yang sudah menjadi mangsanya? 

Di dalam train, ada seorang pakcik menghulurkan RM50 kepada gadis itu. Mungkin bersimpati dengan nasibnya yang telah ditipu. - Rose Haniza

-THEHYPEMEDIA.COM

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib