Monday, 28 September 2015

(10 Gambar) 3 maut, 3 cedera kemalangan 4 kereta di LPT2 dekat Kijal


3 orang maut  selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kijal pagi tadi.
Nahas yang melibatkan 4 buah kenderaan Honda Civic, Toyota Vios, Proton Waja dan Hyundai Accent itu berlaku di kilometer 313.7 lebuhaya Kerteh – Kijal kira-kira jam 8 pagi.
Menurut sumber, punca kejadian bermula daripada kereta Toyota vios telah memandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik sebelum 3 buah kereta dari arah sama yang gagal mengelak lalu merempuh mangsa.
Punca mangsa maut pula dikatakan kereta honda Civic yang dipandu dengan laju dan terbabas seterusnya melanggar mangsa yang ketika itu berada di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku dalam cuaca hujan lebat dan kemungkinan jalan licin mengakibatkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.
Identiti mangsa yang maut dan cedera sedang dikenal pasti oleh pihak polis. -Terengganu Times
Berita penuh: 

KEMAMAN - Tiga maut setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika menunggu bantuan kecemasan setelah terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 313.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Azuddin Deraman@Muda, 45, Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan dan kepala. 

Difahamkan, Siti Nur Alifah yang berasal dari Kampung Padang Pulut dan Lee Lee dari Sura Gate, Dungun yang kedua-duanya bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan di Dungun sedang dalam perjalanan ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritenden Mohd. Said Ibrahim berkata, bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Vios yang dinaiki dua sahabat dan dipandu oleh Siti Nur Alifah itu hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan. 

Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan tersebut dan duduk di bahu jalan sebelum kereta Hyundai Getz yang dipandu Azuddin telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Proton Waja tidak jauh dari lokasi kejadian, katanya. 

"Selepas kemalangan kecil itu, Azuddin kemudian memberi pertolongan kepada Siti Nur Alifah dan Lee Lee, sejurus selepas itu, sebuah kereta Honda Civic telah terbabas ke kiri bahu jalan lalu merempuh ketiga-tiga mereka yang berada di tepi jalan. 

"Susulan rempuhan kuat itu, kesemua mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian, pemandu kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada 
di sini hari ini. - Bernama















0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib