Sunday, 2 August 2015

Liga Super: Terengganu belasah ATM 5-1 (8 Gambar)

Ashari Samsuddin atau Saha mengasak pemain ATM dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Seremban malam tadi.
Pasukan yang mendapat jolokan Pahlawan Penyu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah pasukan ATM 5-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi di Seremban malam tadi.
Penyerang import dari Jepun, Issey Nakajima Faran muncul wira dengan menjaringkan hatrik di penghujung babak kedua.
Babak awal menyaksikan Terengganu beraksi dengan berhati-hati dengan ATM lebih banyak melancarkan serangan ke arah kubu pasukan pelawat yang diterajui bekas penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee.
Namun pasukan Peteh terlebih dahulu membuka jaringan melalui gerakan Norsharul Idlan Talaha dihantar kepada Sharin Shapien dan ditanduk cantik oleh Ismail Faruqi Ashari minit ke - 14.
Gol itu ternyata mengejutkan pasukan tuan rumah yang bagaikan tersedar dari lamunan dan bingkas menggempur kubu Terengganu tetapi gandingan bek kental Bikana dan Hasmizan dapat menyerap asakan mereka.
Usaha berterusan ATM akhirnya membuahkan hasil dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit - 22 melalui sepakan percuma menarik oleh pemain import  Abdulafees Salam. Kedudukan ini kekal hingga tamat searuh masa pertama.
Gustavo Lopez menceriakan penyokong yang hadir selepas menjaringkan gol setelah 3 minit bermula babak kedua juga menerusi sepakan percuma.
Sharbinee banyak selamatkan percubaan bahaya ATM.
Issey Nakajima Faran buat kejutan jaring hatrik.
Kemasukan Issey Nakajima Faran jelas membantu Terengganu menggadakan asakan yang bertali arus ke arah benteng ATM dan berjaya menyumbang 3 gol iaitu hatrik pertama beliau musim ini hasil hantaran pemain tengah Fakrurazi Musa.
Hasrat Skuad Penyu untuk menambah gol tidak kesampaian walaupun mendapat 3 peluang keemasan oleh Ashari Samsuddin, Ismail Faruqi dan Mat Yo begitu juga pasukan lawan yang turut hampir memperoleh gol tetapi kecemerlangan Sharbinee menjadi penyelamat.
Rata-rata penyokong memilih Mat Yo sebagai pemain terbaik perlawanan dengan 2 'assit' dan gerakan bahaya yang dihasilkan. -Terengganu Times
Kesebelasan utama Terengganu:
Sharbinee Alawee, Zubir Azmi, Vincent Bikana, Hasmizan Kamaruddin, Hafizal, Nordin Alias (Kapten), Gustavo Lopez, Ismail Faruqi dan Norsharul Idlan Talaha.
Simpanan : Helmi Remeli, Izzat, Zairo Anuar Zailani, Azlan Ismail, Fakhrurazi Musa, Issey Nakajima Faran.
Keputusan penuh perlawanan lain: 
ATM FA 1-5 Terengganu FA
Sime Darby Fc 2-4 Pahang FA
Sarawak FA 0-2 JDT
Kelantan FA 1-0 Perak FA
Selangor FA 1-1 PDRM FA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib