Saturday, 1 August 2015

Gerakan Harapan Baru beri suntikan baru di Terengganu - Mat Sabu

Jelajah Gerakan Harapan Baru memberi suntikan baru di Terengganu - Mat Sabu

Dalam satu siri jelajah Penerangan Gerakan Harapan & Sambutan Hari Raya Peringkat negeri Terengganu semalam yang di adakan di Besut telah memberi satu nafas baru pergerakan tersebut di Terengganu.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu menyatakan GHB adalah untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan membela Nasib Rakyat.

PAS sudah tidak releven kerana sejak pemergiaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, PAS sudah bercelaru dan perlu perubahan oleh itu wujudnya GHB, Pertubuhan GHB mendapat sokongan DAP dan PKR, PAS hanya bersendirian.

Turut berucap, Ahmad Awang, Bekas Presiden ULAMA Malaysia mengajak rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan negetif pihak tertentu yang menuduh jemaah yang tinggalka  PAS sebagai tiada pendirian serta merosakkan parti.

Dalam siri Jelajah tersebut beberapa barisan kepimpinan GHB yang turut hadir sallahudin Bin Ayub, Bekas Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Aziz Bekas AJK PAS Kawasan Besut, Azan Safar Pengerusi NGO dan Eng Chai Heng, Pengerusi DAP Terengganu.

Terdapat dua YB yang turut terlibat dalam Gerakan Harapan Baru Terengganu, YM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Syed Azman Syed Nawawi, ADUN Batu Buruk tidak dapat hadir bersama kerana mempunyai urusan lain.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib