Thursday, 23 July 2015

Paulo Rangel mahu tinggalkan Terengganu?

Paulo Rangel dgantung 3 bulan selepas tbertindak menendang bola ke arah pembantu pengadil ketika perlawanan Separuh Akhir Piala FA menentang Lions XII bulan Mei lalu.
Minggu ini timbul isu pemain import Terengganu dari Brazil, Paulo Rangel mahu berhijrah ke pasukan lain walhal kontraknya masih berbaki 5 bulan hingga ke penghujung tahun ini.
Menurut sumber, ejen kepada Rangel, Valdir Sousa telah memohon kepada Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) supaya melepaskan Rangel lebih awal daripada kontrak kerana Rangel tidak dapat beraksi pada ketika ini kerana masih dalam tempoh penggantungan selama 3 bulan yang akan berakhir pada 19 September depan dan ia akan menjejaskan prestasi semasa beliau sebagai pemain bola sepak.
Namun permintaan itu tidak dilayan PBSNT melainkan pihak Rangel sanggup melunaskan bayaran penuh tebus kontrak pemain berkenaan.
Isu itu mendapat reaksi berbeza dari peminat bola Terengganu yang mahu ia diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah pihak bagi mengelak wujudnya sebarang isu berbangkit selepas ini.
Khabar angin Paulo Rangel mahu menamatkan kontrak bersama pasukan Terengganu.
Khabar angin Paulo Rangel mahu menamatkan kontrak bersama pasukan Terengganu.
Status terbaru Paulo Rangel dalam laman sosial Intagram yang menimbulkan tanda tanya.
Jika Paulo Rangel sudah tidak mahu lagi bermain untuk Skuad Penyu, PBSNT wajar melepaskan sahaja beliau berhijrah ke pasukan lain dengan penyelesaian ‘situasi menang-menang’ tanpa menyebabkan kerugian kepada PBSNT kerana umum sedia maklum kos menggaji Rangel agak besar sepanjang tahun ini.
Awal tahun ini ketika spekulasi Rangel akan beraksi untuk Terengganu, sudah kedengaran cakap-cakap oleh penyokong Selangor yang beliau akan ‘buat hal’ dengan pasukan yang diwakili seperti masalah Rangel dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebelum ini.
Konflik posisi penyerang ini seperti mengulangi insiden sama yang melanda Terengganu tahun lepas yang terpaksa berhadapan karenah pemain import yang tidak menepati standard Liga Malaysia  iaitu Javier Estupinan dan Mustapha Dabo yang disifatkan ‘indah khabar dari rupa’ dengan beraksi sambil lewa yang dikecam penyokong setia Penyu.
Dalam pada itu, pasukan Peteh bakal mengharapkan pemain tempatan sebagai penggempur serangan yang diketuai oleh Mat Yo dan Ashari Samsuddin dan pemain lain sambil dibantu 3 pemain import Gustavo Lopez, Vincent Bikana dan Issey Nakajima bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini. -TerengganuTimes

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib