Tuesday, 9 June 2015

Remaja maut nahas motosikal dan lori di Bukit Tok Beng (11 Gambar)

Keadaan selepas kemalangan di Kampung Bukit Tok Beng Kuala Nerus.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum berlanggar dengan lori dalam kemalangan melibatkan 3 kenderaan yang berlaku di Kampung Bukit Tok Beng Kuala Nerus pagi tadi.

Selepas bertembung dengan mangsa, lori itu kemudian hilang kawalan dan melanggar kereta Proton Exora yang diletakkan di tepi jalan tersebut.

Menurut sumber terdekat, mangsa yang dipanggil sebagai Matras, 21 tahun dalam perjalanan untuk menghadiri temuduga kerja di sebuah resort di Pulau Duyong Kuala Terengganu.

Mangsa yang berasal dari Batu Buruk meninggal dunia di tempat kejadian. -Terengganu Times
Mangsa berbaju merah.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib