Monday, 18 May 2015

Warkah Ustazah Nor Bahyah Untuk Anaknya Buat Ramai Sebak!

SIAPA yang tidak kenal dengan pakar motivasi dan personaliti TV, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah yang yang cukup popular menerusi rancangan Semanis Kurma.
Beberapa hari lalu, anak perempuan kepada Ustazah Nor Bahyah dan suami, Ustaz Wan Akashah telah selamat bergelar isteri bersama seorang jejaka pilihan hatinya.
Majlis perkahwinan anak pasangan ini berlangsung dengan gilang-gemilang dan cukup meriah dihadiri rakan-rakan dan keluarga tercinta.
Pada hari bahagia itu, Ustazah Nor Bahyah sempat berkongsi warkah dan coretan khas yang sungguh menyentuh hati buat anakanda kesayangan dalam laman Facebooknya.
11059340_10153257749199255_6137977814495186268_n10929978_10153257749104255_5753930166382713383_n11145116_10153257748759255_1304147291845830668_n
Warkah seorang ibu buat anak gadisnya yang kini sudah bergelar seorang isteri ini menarik perhatian ramai dan menerima likes sebanyak 50, 000 serta dikongsi lebih seribu pengguna sosial.
Coretan yang mengandungi doa dan pesanan ini membuatkan kami yang membaca turut sebak dan sayu.
Screen-Shot-2015-04-09-at-10.47.04-AM (1)
Sebagai seorang ibu, pastinya Ustazah Nor Bahyah mengharapkan anaknya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang mampu dijaga sebaiknya oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
Diharapkan, semoga perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib