Sunday, 31 May 2015

Ustaz Nafis (Hafiz Alun Al-Quran Di Penjara) Nikah Gadis Pahang

MASIH ingatkah anda, tentang seorang hafiz dari Kemboja yang menjadi terkenal selepas videonya mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran di dalam penjara di Machang, Kelantan menjadi viral suatu ketika dahulu.
Kelunakan suara merdu milik Ustaz Nafis Yaakub ini membuatkan namanya menjadi sebutan seluruh dunia ketika di dalam tahanan.
safe_image
Malah, Ustaz Nafis yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut diberi penghormatan untuk mengajar Al-Quran dan berdakwah di dalam penjara.
Hal ini juga membuatkan, masa tahanan remaja ini dikurangkan daripada enam bulan kepada empat bulan.
Setelah sekian lama sepi daripada sebarang perkhabaran, Ustaz Nafis akhirnya selamat bergelar suami kepada gadis pilihannya yang berasal dari Pahang, semalam.
Berita pernikahan Ustaz Nafis sekali gus menjadi viral dan bualan hangat di laman media sosial.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Nafis dan isteri.
Sekadar imbasan, Ustaz Nafis ditahan sebelum ini atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ketika menjalankan dakwah di Kelantan. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib