Sunday, 31 May 2015

Malaysia menang tipis, Nazmi Faiz kad merah kerana meludah

PEMAIN Malaysia, Gary Robbat (kiri) berebut bola dengan pemain Timor Leste, Fernandes Ezequeil ketika perlawanan di Stadium Bishan, Singapura malam ini.
TINDAKAN bodoh Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste mencemari aksi sulung skuad bawah 23 negara (B23) yang sekadar menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan Kumpulan B di Stadium Bishan, malam tadi. 

Tindakan pemain tengah itu menyaksikan dia dilayang kad merah oleh pengadil pada minit ke-32 sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain. 

Malah jurulatih Datuk Ong Kim Swee harus pening kepala menjelang pertemuan penting menentang Vietnam Selasa ini dan Thailand (Khamis) kerana tidak dapat menggunakan khidmatnya yang digantung perlawanan. 

Apa pun skuad negara bermula baik apabila sudah mendahului lawan menerusi jaringan D Saarvindran pada minit ke-11. 

Selang empat minit kemudian, Muhammad Syafiq Ahmad sepatutnya sudah menggandakan jaringan skuad negara namun mempersiakan peluang apabila gagal merobek gawang lawan ketika hanya berdepan penjaga gol Timor Leste. 


PEMAIN B-23 negara, Mathew Davies (kiri) berebut bola dengan pemain Timor Leste, Rebiero Paulo Helber ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA di Stadium Bishan, Singapura.

Rentak skuad negara selepas itu terjejas apabila Nazmi diperintah keluar padang yang menyaksikan lawan yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan tampak mampu menyeimbangkan saingan. 

Malaysia: Mohd Farhan Abu Bakar, Saarvindran Devandrn, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Syafiq Ahmad (S.Kumaahran), Gary Steven Robbat (Saiful Ridzuwan Selamat), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari (Nazirul Naim Che Hashim), Mohamad Fandi Othman (kapten), Adam Nor Azlin, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Matthew Davies Thomas. 

Timor Leste: Ramos Saozinho Ribeiro Maxanches, Jorge Sabas Victor, Filipe Oliveira (Ezequiel Dos Santos Fernandes), Anggisu Correia De Almeida Barbosa (kapten), Jairo Pinheiro Palmeira Neto, Nicolau Higinio Fernandes (Nataniel de Jesus Reis), Carlos Jovanio De Araujo Magno, Frangcyatma Alves Ima Kefi, Agostinho Da Silva Araujo, Paulo Helber Rosa Ribeiro, Jose Carlos Da Fonseca (Feliciano Pinheiro Goncalves).

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib