Saturday, 25 April 2015

Penyanyi Dikir Barat Wanita bakal dikenakan hukuman Takzir Terengganu!

Aksi penyanyi Dikir Barat Wanita yang tanpa segan silu menari bersama penonton dihentam teruk oleh netizen.
Aksi penyanyi Dikir Barat Wanita yang tanpa segan silu menari bersama penonton dihentam teruk oleh netizen.
Penyanyi Dikir Barat Wanita bakal dikenakan hukuman Takzir Terengganu!

Selepas isu penyanyi dikir barat wanita menari bersama penonton Pekan Budaya Marang heboh di laman sosial baru-baru ini, Majlis Daerah Marang telah mengambil tindakan drastik dengan membuat laporan kepada Pejabat Agama Marang untuk diambil tindakan yang bersesuaian di bawah enakmen Kesalahan Jenayah Takzir 2001.

Ini kerana, penyanyi wanita berkenaan adalah penyanyi tambahan yang tidak mendapat kebenaran Majlis kebudayaan dan kesenian daerah dan kelulusan hanya diberikan kepada penggiat seni dikir barat sahaja pada malam persembahan tersebut.

Kejadian memalukan itu berlaku pada 11 April iaitu hari kedua Program Pekan Budaya Marang diadakan dan bukan pada Majlis penutup seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Lanjutan itu juga Pejabat Daerah Marang turut membuat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana dikhuatiri ada pihak yang berniat jahat dan mempunyai unsur-unsur politik kotor.

Sementara itu bagi Persatuan Penggiat Seni Dikir Barat pula akan dikenakan tindakan kompaun iaitu di bawah Seksyen 6, Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran Majlis Daerah Marang.

Persembahan penyanyi Dikir Barat Wanita yang menari bersama pengunjung lelaki warga emas telah mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial dan telah mencemarkan imej Islamik negeri Terengganu yang menguatkuasakan undang-undang Takzir bulan Februari lalu.
-Terengganu Times-

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib