Wednesday, 15 April 2015

DEDAH! Satipul Bahri dan fitnah bersaudara selamanya

PicsArt_1429061052790
Notis supaya mengosongkan tanah telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang dibina secara haram.
Kenyataan Fitnah Ustaz SATIFUL BAHRI MAMAT, ADUN PAKA hari ini di dalam facebooknya dengan menuduh Menteri Besar Terengganu terhadap isu merobohkan surau gong badak adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata untuk memburukan nama baik pemimpin negeri.

Tindakan Penguatkuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu untuk merobohkan premis yang dibina di atas tanah kerajaan adalah wajar dan mengikut akta yang telah diperuntukkan dibawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Menurut sumber Pegawai Penguatkuasa Tanah Daerah Kuala Terengganu, permohonan membina premis itu pada awalnya adalah di atas lot tanah bernombor lot 14066 , iaitu diatas tanah milik persendirian.

Selepas dilakukan siasatan oleh pihak berwajib, didapati bahawa pembinaan surau tersebut bukan di atas tanah lot yang dipohon tetapi ianya dibina di atas tanah rezab kerajaan.

Notis telah dikeluarkan kepada pemilik yang membina premis  tersebut pada tarikh 15/12/2013 dan telah ditampal pada tiang premis tersebut serta telah mengarahkan pemilik supaya tidak meneruskan pembinaan tersebut.

Agak malang selepas notis dikeluarkan, pihak tersebut semakin rancak meneruskan pembinaan tersebut setelah notis dikeluarkan, adakah pemilik premis tidak tahu hukum membina sesuatu di atas milik org lain itu adalah salah???
PicsArt_1429061161680
Grafik menunjukkan tapak permohonan premis adalah di lot 14066 dan berbeza dengan tapak yang telah dibina premis.
PicsArt_1429061198540
Apa pula pendapat adun Paka berkenaan hal ini?

Atas budi bicara pihak berkuasa, pihak terbabit diberi kebenaran untuk merobohkan sendiri  premis tersebut.

Apakah kerajaan masih zalim?? Premis yang dikatakan surau itu tiada kelulusan pembinaan MBKT, tiada plan pembinaan, dan air serta bekalan eletrik pun tiada bagaimanakah Saiful bahri boleh mengatakan surau itu dijadikan tempat kegunaan masyarakat sekitar??

Semasa operasi tersebut tiada bantahan daripada mana-mana pihak termasuk Adun Tepoh Hishamuddin Abdul Karim ada bersama di tapak premis itu dan apabila diberi penjelasan oleh pegawai penguatkuasa mereka memahami keadaan sebenar.

Saiful bahri ibarat anjing yang menyalak bukit, tanpa bukti-bukti kukuh menfitnah kerajaan KEJAM dan ZALIM!!! Mencuri hak milik orang lain itu tidakkah berdosa?

Dari dulu-dulu Satiful Bahri tidak pernah berhenti memfitnah….walaupun bergelar ustaz AKHIR ZAMAN…

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib