Wednesday, 11 March 2015

Panas! Hairuddin Omar hentam Presiden PBSNT, sokong Abdul Rahman

Hairuddin Omar tampil membela jurulatih Abdul Rahman Ibrahim.
Isu kontroversi mengenai ketiadaan padang latihan yang sesuai untuk pasukan bola sepak Terengganu belum berakhir. Kali ini bekas pemain Terengganu era tahun 200o Hairuddin Omar tampil membela kenyataan ketua jurulatih Terengganu Haji Abdul Rahman Ibrahim yang berselisih pendapat dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan di saluran media tempatan.
Mnurut Hairuddin atau yang lebih dikenali sebagai Hai-O menggambarkan kenyataan Presiden PBSNT yang mahu Abdul Rahman Ibrahim meletak jawatan sebagai low minded.
Beliau menambah masalah ini berlaku adalah disebabkan kerana pemimpin sukan tidak mempunyai latar belakang bola sepak dan sukan ini bukanlah sekadar pelaburan duit semata-mata.
Hai-O menyokong luahan Abdul Rahman Ibrahim mengenai punca kegagalan Skuad Penyu meraih tiga mata ketika menentang pasukan ATM akibat kebanyakan pemain keletihan selepas berlatih di padang tiruan di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Nerus.
Beliau mengatakan sebagai seorang jurulatih, Abdul Rahman berhak merasa bimbang apabila pasukan tidak mempunyai padang latihan khas sendiri yang tetap kerana situasi ini sudah pasti akan menganggu perancangan jurulatih jika kerap bertukar tempat latihan.
Hairuddin Omar tampil di laman Instagram membela Abdul Rahman Ibrahim.
Kontroversi isu padang latihan bola sepak pasukan Terengganu.
Dalam pada itu beliau meminta kepada pemimpin sukan supaya berundur jika tidak mampu mempimpin sesebuah pasukan bola sepak profesional.
Akhbar semalam melaporkan Presiden PBSNT Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid mahu Abdul Rahman Ibrahim agar meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Wan Ahmad Nizam juga memberitahu isu padang boleh dibincangkan dalam peringkat dalaman PBSNT dan bukannya menghebohkan dalam media kerana ia hanya menampakkan kepincangan dalam persatuan.
-Terengganu Times-

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib