Monday, 9 March 2015

Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Majalah Esquire Malaysia (8 Gambar)


Majalah Esquire keluaran bulan ini menampil gambar-gambar Diana Danielle yang tampil berani dalam edisi terbaru majalah berkenaan yang dijangka akan membuatkan nama selebriti berstatus ibu itu kembali menjadi bualan hangat di laman sosial dan bibir media hiburan.

Melalui temubual bersama majalah Esquire itu, Diana banyak berkongsikan kisah bagaimana permulaan kariernya di mana beliau lebih selesa memilih karya yang benar-benar berkualiti yang berpotensi menaikkan namanya.

“Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya,” katanya sambil menjelaskan dia tidak ambil kisah langsung mengenai populariti. Sebaliknya, lebih mementingkan hasil kerja yang terbaik.

Dalam temubual itu juga, Diana turut berkongsi kisah kesukaran hidup keluarganya sehingga ada suatu ketika, ibunya, Norsiah Ramli, terpaksa menjual rumah untuk meneruskan kehidupan.

“Kesukaran hidup yang dihadapi ketika masih masih kecil membuatkan saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling” katanya sambil mengakui yang dia sebenarnya sangat berminat untuk bergelar penyanyi.








1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib