Wednesday, 11 March 2015

Bila lelaki Nak Cari awek ‘Part Time’ Tapi Terlalu Cerewet

ENTAH apa yang berlegar di kepala individu ini sehingga dia tergamak memuat naik satu entri, bahawa dirinya sedang mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih olok-olok bagi mengaburi mata ahli keluarganya yang lain.
Amboi, dah macam jalan cerita drama Melayu pula kan? Ini mesti jenis suka melekat depan TV waktu maghrib sebab nak tonton drama.
Mungkin kerana terdesak atas paksaan keluarga untuk mencari pasangan, individu tersebut membuat tindakan yang jelas aib. Namun yang kelakarnya, dia turut menyenaraikan kriteria bagi gadis pilihannya itu! Amboi, cerewet pulak…
Melalui status Facebook, si #MrNotPerfect itu menulis:
“Saya ingin mencari sister untuk jadi girlfriend berbayar saya selama tiga hari. Berikut kriteria yang dikehendaki.“Bertudung, 160-170cm, tidak berkaca mata (contact lens diterima), putih, ada lesen kenderaan, pandai ambil hati orang tua dan paling penting tidak cepat cuak or kelam kabut.”
Amboi, banyak cekadak pulak si polan ni nak mencari partner kan? Mungkin sebab itu juga dia tak ada kekasih sebenar.
uia (2)
Lagi geli hati, individu tersebut turut menyatakan tentatif tiga hari yang perlu dijalani ‘pasangannya’ itu andai berjaya terpilih menjadi kekasih sementaranya. Nak tahu apa? Baca ni..
“Hari pertama, anda akan menghadiri sebuah dinner di Putrajaya, jangan risau ini bukan parti liar cuma dinner my family’s company.
“Boleh pakai attire apa pun jubah ke blouse ke tudung labuh ke niqa ke tak kisah janji temanya warna merah dan orange sunkist. Masa dinner tu saya akan kenalkan sebagai girlfriend saya pada family saya.
“Hari kedua, saya akan bawa anda lunch bersama dengan family saya di rumah saya di Hartamas. Ini part paling penting, kita akan reka love story kita and how we met tu kemudian, dan paling penting when my family ask bila nak kahwin, part ni anda kena confident jawab.
“Hari ketiga, family saya dan saya akan hantar awak pergi klia coz anda akan pulang ke UK selama 2,3 tahun untuk some matter (we discuss later).”
Berdasarkan cerita yang ditulis, ramai mengandaikan dia adalah anak orang berada.
Namun agakan itu bukanlah boleh percaya sangat, ntah-ntah kaki propa je…iyelah kalau dah kaya, takkanlah malang sangat sampai tak ada yang sudi nak jadi girlfriend, kan?
Justeru buat wanita di luar sana, jangan pula ada yang gigih mencari akaun lelaki tersebut untuk menawarkan diri menjadi kekasihnya ya.
Sekali baca, mungkin ramai akan ketawa. Tapi bila difikirkan kembali, banyak kemungkinan boleh terjadi andai ada gadis yang terlalu naif dan mudah digula-gulakan.
Manusia, rambut sahaja sama hitam tapi hati lain-lain.
- MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib