Wednesday, 11 March 2015

5 Makanan Tingkatkan Kualiti Sperma

"lelaki kacak5 Makanan Tingkatkan Kualiti Sperma - Bagi lelaki yang sedang berusaha menimbang cahaya mata atau menambah bilangan ahli keluarga mungkin boleh amalkan sumber makanan ini yang membantu menambah kualiti sperma. Ini antara sumber makanan yang membantu kesuburan lelaki dan kualiti sperma yang penting untuk penghasilan zuriat. 

1. Pisang – buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzim anti radang semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron (hormon seks lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
2. Coklat gelap – Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis asid amino asid yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.
3. Bawang Putih – Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
4. Buah Delima – Buah delima mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
5. Daging – daging mengandungi zat besi yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma yang akan mengurangkan kualitinya. Ia juga membantu testosteron bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

SUMBER : TIPS DAN PETUA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib