Saturday, 7 February 2015

Wang 500K.. Hantar Ibu Ke Mekah, Bina Rumah, Belanja Kahwin

Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, kumpulan Zero bergambar sambil memegang trofi selepas diumumkan sebagai juara MLM 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam tadi
KESERASIAN dimiliki tiga beradik yang bergandingan atas nama kumpulan Zero berjaya menyaksikan mereka merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 yang berlangsung Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Terdiri daripada Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal, kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Siapa sangka, berjalanan berliku tiga beradik ini untuk mengubah nasib keluarga di kampung terbalas dengan wang tunai setengah juta ringgit yang berjaya diraih semalam.
Selain merasa puas berhasil menggenggam wang besar hasil kerja keras, niat mereka mahu menghantar ibu menunaikan haji juga pasti tertunai jika diizinkan Allah selepas ini.
Pastinya peminat tumpang gembira dengan perancangan ketiga-tiga beradik ini yang nampaknya bakal digunakan sepenuhnya ke jalan yang baik iaitu membuat rumah baru untuk keluarga di Sabah dan membantu perbelanjaan perkahwinan Syaiful yang merupakan paling sulung antara mereka bertiga, selain menghantar ibu mereka menunaikan ibadah di Mekah.
“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu hantar emak menunaikan Haji di Mekah, buat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif.
Sementara itu, Sharif menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kisah kehidupan mereka digunakan untuk meraih simpati seterusnya memancing undi peminat.
“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,” tambahnya. -MYNEWSHUB.CC
Video Kenali Kumpulan Zero

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib