Wednesday, 4 February 2015

(Video) Pekerja sembelihan Halal dikecam, zalimi biri-biri

EMPAT pekerja di rumah penyembelihan halal Bowood Lamb Thirsk di North Yorkshire, England digantung lesen operasi selepas kamera tersembunyi merakam perbuatan mereka menzalimi haiwan di sana, lapor Daily Mail.
Rakaman dilakukan oleh kumpulan hak asasi haiwan Animal Aid dengan meletakkan kamera tersembunyi secara rahsia selama tiga hari pada Disember 2014 lalu.
Susulan itu Agensi Standard Makanan (FSA) kini meneliti rakaman tersebut beserta amaran bahawa ‘tidak ada alasan untuk haiwan dilayan seperti dalam video itu’ dan proses pendakwaan akan menyusul.
Video yang kini viral itu menerima kecaman masyarakat sejagat termasuk umat Islam kerana ia bukanlah kaedah penyembelihan halal yang betul seperti dianjurkan Islam.
Antara kekejaman yang mengundang kemarahan penonton dalam video di atas adalah pekerja dilihat menggunakan alatan menyembelih tak cukup tajam hingga memerlukan sampai lima kali cubaan untuk memutuskan urat leher biri-biri sekaligus menzalimi haiwan tersebut.
Mereka turut dilihat menendang, memijak, memukul dan menakutkan biri-biri dengan mengasah pisau dan melakukan penyembelihan di depan haiwan lain, perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.
ad_158635652
Apa yang boleh dikatakan, puak-puak macam inilah yang menyemai stigma negatif tentang Islam kepada penganut agama lain…jadi eloklah bagi je hukuman berat-berat sikit atas kezaliman yang telah dilakukan mereka.
Itu belum masuk bab sama ada sembelihan yang dilakukan mereka benar-benar boleh dikira halal… -MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib