Thursday, 5 February 2015

Turutan gambar Pilot Jordan dibakar hidup-hidup (6 Gambar)

Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh dibakar oleh Kumpulan IS.
UMURNYA hanya 26 tahun…
Ajalnya begitu ngeri apabila dibakar hidup-hidup dalam sangkar oleh sebuah kumpulan yang mensabitkan diri mereka dengan nama Islam yakni kumpulan Negara Islam (IS).
Yang dibakar itu, Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh ditahan pada Disember lalu juga seorang muslim.
ISIS3
Baguslah… Islam berbunuh dengan Islam… tak payah Yahudi nak buat apa-apa.
Tiada siapa yang waras mampu menerima apa yang dibuat IS itu.
Tak tahulah siapa mereka ini dan dari mana asal usul sebenar mereka. Sebuah kumpulan misteri yang wujud secara tiba-tiba.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yakin mereka dilatih dan diwujudkan oleh pasukan perisikan Amerika Syarikat, CIA.
Televisyen Jordan berkata, Kassasbeh sudah dibunuh pada 3 Januari lalu sebelum IS menawarkan wartawan Jepun, Kenji Goto sebagai pertukaran untuk membebaskan pengebom berani mati yang dijatuhi hukuman mati, Sajida al-Rishawi.
Kenji Goto dipancung kepalanya dan ditayangkan menerusi video yang disiarkan Sabtu lalu oleh militan IS, seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dibunuh.
Kejadian yang berlaku semalam… tidak berakhir begitu sahaja.
Jordan bertindak balas dengan menjalankan hukuman mati terhadap dua tahanan warga Iraq yakni wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi dan ahli kumpulan Al-Qaeda, Ziad al-Karboli.
Mereka dihukum mati pada jam 4 pagi waktu tempatan.
Sajida dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam serangan bom berani mati pada 2005 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang manakala Ziyad Karboli, pegawai operasi Al-Qaeda yang didapati bersalah pada 2008 kerana membunuh seorang rakyat Jordan juga dihukum gantung sampai mati.
Di bawah kami kongsikan turutan gambar menunjukkan bagaimana Maaz al-Kassasbeh dibakar, dari sebelum api tiba hingga beliau hilang dalam lautan kepanasan.
Bukan apa… kami mahu anda fikirkan apakah yang terlintas di fikiran Allahyarham ketika itu? Kerana yang membunuhnya adalah orang Islam juga…
Bukankah kita diajar orang Islam itu bersaudara antara satu sama yang lain… tanya diri anda… apakah kita sanggup membakar hidup-hidup saudara kita?
APA PUN…JANGAN LUPA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK SEMUA DI ATAS…. BIARLAH ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGHAKIMI MEREKA SEMUA…YAKNI SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH….
-MYNEWSHUB.CC
Allahyarham Maaz al-Kassasbeh dilihat tunduk lemah....
Kelihatan api yang dibakar dari luar sampai ke kandang Allahyarham
Api menyambar Maaz al-Kassasbeh dan mula naik ke atas....
Ya Allah.... Maaz al-Kassasbeh dalam lautan api.... Moga Allah menempatkan beliau di kalangan mereka yang beriman...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib