Sunday, 8 February 2015

Kalau Gambar Ini Di Kotak Rokok, Abang-Abang Macam Mana?

KALAU beginilah imej yang dipaparkan di kotak rokok, rasanya pasti ramai yang sanggup berhenti merokok dan mula mencari kekasih hati yang jelita seperti model berkenaan.
Diketahui, biasanya di kotak rokok diletakkan gambar-gambar yang seram menunjukkan kesan-kesan buruk akibat merokok.
Antaranya paru-paru dan anggota badan lain yang rosak akibat bahaya merokok.

Tidak diketahui, sama ada gambar yang dipaparkan di atas benar-benar wujud atau sebaliknya tetapi kami percaya ianya mungkin hasil edit pihak tertentu yang mahu berlawak dan pada masa sama memberi mesej kepada perokok tentang perbuatan tidak berfaedah tersebut dari sudut berbeza.

Kotak rokok yang dihiasi gambar perempuan seksi tersebut menyertakan pesanan dalam Bahasa Indonesia yang jika dialih bahasa maksudnya lebih kurang berbunyi “kalau terus merokok, bila mahu menyimpan duit untuk menikahi aku?”.
Bagaimanapun sejujurnya, kami tak fikir cara ini akan berjaya pun.
Silap-silap bukannya berhenti merokok tapi lagi banyak rokok dibeli dan dihisap sebab nak kumpul gambar perempuan seksi tu!
050215Sempoerna_2
Hasil carian di Internet, gambar-gambar sebenar kotak rokok di Indonesia masih lagi memaparkan visual kesan buruk rokok kepada kesihatan dan anggota badan manusia.
-MYNEWSHUB.CC
Dokumentari Fenomena Merokok Di Indonesia

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib