Tuesday, 17 February 2015

Bikin malu! Awek rempit ngamuk peraturan larang bonceng motor

Rakyat Terengganu menyambut baik langkah kerajaan negeri memantau kelakuan wanita membonceng dengan lelaki yang tiada ikatan yang sah seiring dengan pendekatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) melalui Prinsip ke 8 iaitu Memperkasa Pendidikan Islam terutamanya Nilai-Nilai Islam.
Ketika majoriti orang ramai menyokong penguatkuasaan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk memantau kelakuan yang tidak senonoh dalam kalangan remaja termasuk larangan membonceng bersama bukan mahram di tempat awam, lain pula bagi segelintir individu yang mengamuk mempertikaikan peraturan itu.
Remaja berkenaan mungkin antara yang gemar membonceng bersama kawan-kawan atau dalam istilah Terengganu dipanggil 'mengepong'. Beliau telah memuat naik satu status di laman sosial Facebook menghentam peraturan itu dan telah mendapat reaksi berbeza dari rakan-rakan Facebooknya yang lain. Penggunaan ayat dalam status tersebut turut menjadi bahan ketawa netizen kerana menggunakan perkataan yang dieja pendek dan mengelirukan.
Status remaja berkenaan:
Status Facebook seorang remaja perempuan yang tidak berpuas hati larangan membonceng bersama bukan mahram.
Status Facebook seorang remaja perempuan yang tidak berpuas hati larangan membonceng bersama bukan mahram.
Lagi kritikan terhadap peraturan membonceng.
Kepada remaja berkenaan, anda tidak perlu bimbang kerana penguatkuasaan ini adalah menyeluruh dan tidak hanya menyasarkan penunggang motosikal sahaja bahkan ia turut kepada pengguna kereta yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Kini bagaikan satu 'trend' khususnya remaja yang membonceng bersama pasangan yang tiada ikatan sah serta berpakaian tidak sopan di tempat tumpuan ramai. Jika ia tidak dibendung akan dikhuatiri menjadi satu budaya kepada masyarakat kelak.
Adalah diharapkan remaja berkenaan muhasabah diri tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan ia sebagai peringatan bagi mengelak terjerumus ke tahap lebih parah.
Maidam sebelum ini dalam laporan akhbar berkata akan meningkatkan penguatkuasaan khusus dalam kalangan golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam seperti mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita. -Sumber Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib