Sunday, 8 February 2015

Apa kes perempuan ni tak mahu berkawan dengan orang Islam?

APA agaknya masalah seorang wanita dikenali sebagai Jazliu, yang tinggal di negara Malaysia di mana majoriti masyarakatnya terdiri daripada penganut Islam, bersikap skeptikal terhadap agama tersebut?
Apa yang dikesalkan, pemikiran sempitnya itu dinyatakan secara terang-terangan menerusi status WeChat berbunyi “Muslim, don’t add me” atau lebih kurang maksudnya ‘saya taknak kawan dengan orang Islam’.
Pemikiran setiap orang memang tak sama luasnya, seperti juga kebodohan yang kadangkala tak mampu diajar – itu lumrah manusia di dunia ini, tapi tak perlulah pamerkan pemikiran anda kepada semua orang jika ia boleh mencetuskan perasaan kurang senang dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia!
Kalau perkara asas iaitu saling menghormati bangsa dan agama orang lain pun tak mampu nak dibuat, maka anda tak sesuai hidup dalam suasana masyarakat majmuk seperti di negara ini.
Untitled
Dek kerana pemikiran sempit seumpama inilah yang boleh jadi punca perselisihan faham dalam masyarakat.
Bukan niat kami nak memanjangkan isu yang boleh cetus kontroversi tapi kalau tak ditegur, masih ramai yang tak faham bahasa kat luar sana tu… -MYNEWSHUB 

1 comments:

  1. May Allah SWT open yr heart to see the truth..aamiinn..

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib