Thursday, 5 February 2015

Akibat ‘Double-Park’ dapat banyak surat ‘cinta’!! (6 Gambar)

Kereta 'double park' undang kemarahan orang ramai.
Parking oh parking!
Percayalah, bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh masyarakat dunia amat benci dengan manusia jenis yang suka ‘double-park’ atau parkir bertindih ini.
Tak hairanlah sebuah kereta jenis Produa Viva telah menjadi mangsa kemarahan penduduk setempat di sebuah kawasan perumahan flat apabila pemilik kenderaan terbabit bertindak memarkir keretanya sesuka hati.
Kereta tersebut dilekatkan dengan beberapa keping kertas bertulis ayat-ayat yang kurang enak didengar.
kakaka 2 wm
kereta double parking1 wmkereta double parking2 wmkereta double parking3 wmkereta double parking4 wm
Pemilik Perodua Viva berwarna merah dengan nombor pendaftaran J## #### tersebut bersikap pentingkan diri sendiri apabila meletakkan keretanya sesuka hati sehingga menghalang kereta lain untuk keluar.
Difahamkan ini bukan kali pertama dia melakukan perkara sedemikian dan sering mengulangi perbuatannya walaupun ramai pihak telah memberikan amaran.
Kali ini mungkin hanya kertas dilekatkan di kereta tetapi siapa tahu apa akan terjadi jika pemilik kereta berkenaan masih enggan mengubah sikap tak bertanggungjawabnya itu.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib