Wednesday, 21 January 2015

Zakaria Dagang tunjuk sikap kurang cerdik

Zakaria Dagang tonjol sifat jahil sebagai pemimpin.
Menjual soalan tak bertempat bolehlah ditakrifkan sebagai bodoh tak bertempat. Ibarat sengaja mencari punca, duduk tak duduk; pengerusi majlis tindakan Dewan Undangan Negeri PAS Seberang Takir, Zakaria Dagang telah menyerang dan menuduh UMNO sebagai tidak bertamadun kerana cuba memintas program Harap 3.1 anjuran PAS di Seberang Takir pada 29, 30 dan 31 Januari 2015.

Tuduhan yang dilemparkan di dalam akaun Facebook peribadi milik beliau pada 18 Januari yang lalu mempersoalkan mengapa KARNIVAL TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU 2015 (Kuala Nerus) harus diadakan pada tarikh yang sama dengan himpunan Harap 3.1.

Sambil menantikan sebuah jawapan oleh UMNO yang dianggarkan Pak Zakaria sebagai sebuah ‘kebetulan’.  Perlu Pak Zakaria ingat sebuah program besar yang dianjurkan Kerajaan Negeri bukanlah dapat dirangka dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi apabila Karnival TTB yang merupakan karnival rakyat ini akan melibatkan semua daerah di seluruh negeri Terengganu bermula dari Kuala Nerus.

Sudah tentulah program sebegini telah lama dirancang untuk dimasukkan dalam AKTIVITI TAHUNAN 2015. Pak Ya Dagang tak perlu buat-buat terkejut jika penulis memberitahu kesemua jabatan dalam Kerajaan mempunyai jadual yang telah dirangka lebih awal untuk aktiviti sepanjang tahun tersebut sehingga ke penghujung tahun. Dan jadual aktiviti ini juga wajib dibentangkan pada awal Januari tahun tersebut dalam mesyuarat penyelarasan jabatan atau organisasi berkenaan.
Atau Pak Ya Dagang TIDAK PERNAH TAHU menahu berkenaan merangka jadual aktiviti tahunan bagi tahun berikutnya?

Jika Pak Ya Dagang selaku seorang pimpinan pun sebodoh ini dan tak tahu, mungkin Pak Ya Dagang patut berasa malu dengan seorang penjawat awam biasa berpangkat kerani cabuk yang lebih tahu menahu dari Pak Ya.

Cerminan seorang pemimpin adalah dari penulisannya, jika beginilah tuduhan yang dilemparkan oleh Zakaria Dagang serta menuduh UMNO sebagai tidak bertamadun, membuat provokasi dan cuba bermain kasar… mungkinkah PAS atau Pak Zakaria Dagang sendiri yang cuba bermain kasar dengan membuat satu tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO dan program Kerajaan Negeri Terengganu.

Notakaki : Pak Ya Dagang tak tahu merangka jadual tahunan… pesen nak berak baru nak korek lubang, taik pula dah berjejeh leleh di punggung.  Berat 66.
Sumber Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib