Wednesday, 28 January 2015

(Video) Suami Curang, Isteri Amuk Tampar Wanita Indon

ISTERI mana yang tidak kecewa kan suami yang dimiliki tiba-tiba beralih arah mencintai wanita lain.
Rasanya boleh meroyan dan menangis jadinya kalau menimpa mana-mana wanita bergelar isteri.
Terbaharu, heboh perihal video seorang isteri bertindak membelasah seorang wanita warga Indonesia di sebuah restoran menjadi viral di laman sosial Facebook.
Difahamkan, wanita Indonesia berkenaan merupakan kekasih suaminya dan menjadi punca keretakan rumah tangga wanita itu.
“Rumah tangga aku dah musnah.. Sekarang kau ikut aku pergi balai!” kata isteri itu.
Bagaimanapun, wanita Indonesia itu menafikan dakwaan tersebut.
Isteri yang memakai tudung warna merah jampu itu dilihat enggan mempercayai kata-kata wanita berkenaan dan mendakwa mempunyai bukti yang wanita berkenaan bermain cinta bersama suaminya.
Keadaan semakin meruncing apabila si isteri yang berang bertindak memaki hamun, dan menampar muka wanita berkenaan.
Suaminya yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan isterinya daripada terus membelasah wanita berkenaan, namun gagal apabila isterinya dilihat lebih menguasai keadaan.
Orang ramai yang melihat hanya terpaku dan tidak mampu berbuat apa-apa melihat insiden pergaduhan tersebut.
Inilah padahnya, jika si suami sibuk bermain kayu tiga!

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib