Monday, 19 January 2015

Video Caliph Buskers Nyanyi Lagu Romancinta Di AJL29

Caliph Buskers menyanyikan lagu Mojo Romancinta di AJL29.
Nampaknya pencipta lagu Romancinta yang dipopularkan oleh Mojo, Edry Abdul Halim punya idea tersendiri untuk persembahan pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), malam ini.
Edry telah memilih sekumpulan pemuzik jalanan atau buskers yang menggelarkan diri mereka Caliph Buskers untuk berkolaborasi bersama-sama kumpulan Mojo, memetik laporan Murai.com.
Uniknya, anggota Caliph Buskers terdiri daripada insan-insan berbakat besar yang cacat penglihatan.
Bagaimanapun, mereka sudah acapkali membuat persembahan di sekitar Kuala Lumpur terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Bagi kami, kemampuan kumpulan Caliph Buskers ini tidak perlu diragui terutama vokalisnya, Azmi Saat yang pernah menyanyikan lagu tersebut di khalayak ramai sebelum ini.
Memang mantap vokalnya. Kalau tak percaya, jom tonton video ini!

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib