Sunday, 25 January 2015

Tengku Ampuan Intan Zaharah mangkat, Terengganu berkabung 40 hari

Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar, 86, mangkat
Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar mangkat.
Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar, 86, mangkat di sebuah pusat perubatan di ibu negara pukul 3.26 petang hari ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.
Beliau berkata berikutan kemangkatan itu, Terengganu akan berkabung selama 40 hari dan bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini sehingga 4 Mac.
“Jenazah almarhum dijangka tiba di Kuala Terengganu pukul 10 pagi esok dan akan dibawa ke Istana Maziah sebelum dibawa ke Masjid Abidin untuk solat jenazah serta dikebumikan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin selepas solat zuhur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata waktu untuk pembesar negara dan negeri serta tetamu kenamaan memberi penghormatan terakhir dijangka bermula 12 tengah hari esok sehingga pukul 1 tengah hari di Istana Maziah manakala untuk rakyat jelata yang ingin memberi penghormatan terakhir adalah dari 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Seri Paduka Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.
Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Seri Paduka Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.


Menurutnya Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari luar negara.
Tengku Ampuan Intan Zaharah berkahwin dengan Seri Paduka Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.
Baginda menjadi Permaisuri Agong dari 1965 sehingga 1970 dan pernah dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Februari 1966 selain dianugerahkan Darjah Utama Mahkota Negara pada 6 April tahun yang sama.
Baginda merupakan Penaung Pertubuhan Pandu Puteri Terengganu. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib