Wednesday, 14 January 2015

Semakan Status Permohonan BR1M 4.0 2015

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015.
Kepada pemohon yang masih tertanya-tanya sama ada permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjaya atau tidak boleh membuat semakan untuk mengetahui status atau keputusan permohonan BR1M. Semakan BR1M 2015 boleh dibuat melalui empat (4) cara:
Semakan status BR1M secara online
Ini cara paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
Semakan status BR1M melalui telefon
Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Semakan keputusan BR1M melalui email
Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamat br1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.
Makluman keputusan permohonan BR1M melalui pos
Keputusan permohonan BR1M akan dimaklumkam melalui pos secara berperingkat-peringkat. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).
Jika keputusan tidak berjaya, pemohon boleh merayu menggunakan borang rayuan yang boleh didapati di semua pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, atau boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib