Monday, 5 January 2015

Pok cik, ado baju sekoloh? – Mangsa banjir

Kisah mangsa banjir yang bertanya pasal baju sekolah mengundang rasa simpati pihak penghantar bantuan banjir.
Berikut adalah pengalaman menyayat seorang brader apabila ditanya seorang budak yang masih bersekolah. Ikuti kisah ini….
“POKCIK ADO BAJU SEKOLOH..?”
Itulah soalan pertama yang dilontarkan kanak-kanak ini (gambar) sebaik melihat sukarelawan tiba untuk menyampaikan bantuan makanan…
Ketika banjir melanda Kampung Maka, Machang, dia bersama keluarganya menyelamatkan diri dengan berlari menaiki sebuah bukit…
Di saat keluarganya bingung memikirkan untuk mencari sebuah tempat berteduh, dia hanya risau memikirkan kelengkapan untuk memulakan sessi persekolahan…
Justeru, mohon sumbangan kelengkapan persekolahan untuk kanak-kanak ini sebelum sessi persekolah bermula…
Kepada yang ingin hulurkan bantuan kepada, boleh terus ke SK Machang II dan serahkan kepada Guru Besar, Cikgu Ariffin…
Tak payah bank in kat saya, terus saja hulurkan sumbangan kepada pihak sekolah di SK Machang II.
Hubungi : 013 – 9348448 Cikgu Aziz, Guru Besar SK Machang II..
Sekian, terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib