Friday, 16 January 2015

Pelajar pakai baju kurung dihalau kerana nampak pakaian dalam


Semalam, warga maya digemparkan dengan berita seorang pelajar perempuan bukan Islam memakai baju kurung dihalau dan dihalang masuk ke kelas oleh guru kelasnya di sebuah sekolah di Cheras.

Bapanya yang kecewa insiden terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak media menyebabkan ramai yang tidak mengetahui cerita sebenarnya mula melemparkan tuduhan dan makian yang tidak berasas terhadap sekolah berkenaan termasuklah Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, tampil seorang guru disiplin di sebuah sekolah yang lain berpendapat kes itu sebenarnya berpunca dari pelajar itu sendiri kononnya menjadi mangsa diskriminasi guru sekolah terbabit.

Menurut guru wanita, Jayanthy Sri, pihak sekolah tidak akan bertindak sebarangan menghalau pelajar terbabit pulang tanpa sebarang alasan yang kukuh. 

“Sebelum komen fikir dulu, cikgu bukan bodoh nak halau budak tu. Kebanyakan budak non-Muslim pakai baju kurung tak pakai singlet so nampak lah baju dalam mereka.
"Tak pakai tudung kan. Sangat menjolok mata. I cikgu disiplin so I taulah trend pelajar. Baju kurung + tudung memang sopan. Tanpa tudung sangat jarang!” katanya.


Tersebarnya berita ini menyebabkan ramai yang salah faham dan tidak menyelidik dahulu apa sebenarnya yang terjadi. Tindakan bapa pelajar terbabit menggunakan perkataan 'menghalau' juga dilihat sengaja menimbulkan kontroversi untuk meraih simpati orang ramai yang sekali gus memberikan kemenangan kepada dirinya.

Tiada halangan untuk pelajar perempuan bukan Islam menggenakan baju kurung ke sekolah. Namun, haruslah 'berpakaian sopan' dan tidak mencolok mata. Jika peraturan semudah ini tidak difahami dan sukar dituruti, elok belajar di sekolah yang boleh menerima pelajar berpakaian seksi, contohnya di luar negara. -mymediahub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib