Friday, 2 January 2015

Nor Syafiqa mangsa rompak & toreh selamat berkahwin (7 Gambar)

Nor Syafiqa Lah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd. Azijja Zafran Zahrani.
Kisah gadis manis bernama Nor Syafiqa, 22 yang telah menjadi mangsa rompakan dan mukanya ditoreh yang telah menggemparkan seluruh negara. Baru-baru ini, gadis itu dilihat semakin pulih daripada kecederaan yang dialaminya.
Semalam, 1 Januari 2015, gadis yang berasal dari Kelantan ini telah selamat diijabkabulkan bersama tunangnya yang tersayang. Difahamkan majlis resepsi akan dilangsungkan dalam masa 3 bulan daripada sekarang bersama majlis perkahwinan abangnya.


Pernikahan ini telah dipercepatkan oleh keluarga kedua-dua belah pihak selepas kejadian yang menimpa Nor Syafiqa dengan harapan perkahwinan ini mampu mengembalikan semula semangat gadis berkenaan. Malah, parut di wajahnya juga semkin pulih dan hilang.
Cantik, bukan? Admin ucapkan tahniah kepada kedua mempelai ini. Semoga perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir usia dan kami berharap Nor Syafiqa akan kembali seperti sedia kala dan pulih sepenuhnya.
Sumber: Oh! Media

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib