Saturday, 24 January 2015

Mohon Hormat Maruah Zamani - Dato’ Siti Nurhaliza

Add caption
Tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.


Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernahdigosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.

Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu. -  - ohbulan

Tetapi yang agak mengejutkan kami melihat screenshot status Facebook pencipta dan penggubah lagu, Saari Amri mengenai keadaan Zamani kini yang dikaitkan dengan penyanyi terkenal DatukSiti Nurhaliza dikongsikan di portal Astro Gempak

kami tidak berani membuat sebarang andaian mengenai maksud ‘tahu mengapa’ yang ditulis oleh Saari Amri itu.



kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa hanya Saari sahaja yang faham maksud dan tujuan status tersebut ditulis.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib