Tuesday, 27 January 2015

Mat Sabu dipinggirkan dalam program Harap 3.1 PAS?




Selepas program ‘PAS Ganti UMNO’ gagal pada PRU ke-13, PAS Terengganu sekali lagi memberi harapan kepada rakyat untuk terus menyokong parti itu menerusi pendekatan baru iaitu Himpunan Harapan Rakyat (HARAP)
Menerusi program yang bertemakan ‘PAS Harapan Semua’ itu, rakyat diminta memberi harapan kepada PAS.
Sebagai timbal balas, pemimpin PAS mengharapkan rakyat mengundi mereka pada PRU ke-14 supaya mereka sekali lagi dapat menjadi wakil rakyat.
Buat pertama kalinya, HARAP dijadualkan pada hujung bulan ini di Telaga Daing, Seberang Takir.
Memandangkan program itu bertembung dengan Karnival TTB pada tarikh dan tempat yang sama, PAS menuduh Kerajaan Terengganu sebagai ‘kebudak-budakkan’.

Setiausaha PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid menuduh Kerajaan Terengganu ‘sabotaj’ dan ‘provokatif’ kerana mahu menganjurkan Karnival TTB di perkarangan Bangunan Penyelaras DUN Seberang Takir disebabkan jarak terlalu hampir daripada tapak program anjuran PAS iaitu kira-kira 500 meter.
Untuk pengetahuan pemimpin PAS, Bangunan Penyelaras DUN Seberang Takir menjadi ‘tempat tradisi’ untuk Kerajaan Negeri dan Pejabat ADUN menganjurkan program atau karnival untuk rakyat.
Tidak masuk akal untuk Kerajaan Negeri dan penganjur Karnival TTB mengalihkan bangunan dua tingkat itu buat sementara ke kawasan yang agak jauh semata-mata kerana seorang janda bernama Abby Abadi mahu bertandang ke program PAS di Seberang Takir.
Dakwaan PAS mengatakan Kerajaan Negeri sengaja ‘mencari balah’ juga bakal memusnahkan objektif program HARAP yang antara lain mahu memberitahu rakyat bahawa PAS sebuah parti yang mesra dan bermasyarakat.
Mesrakah PAS? Adakah rakyat akan mengatakan PAS sebuah parti yang mesra apabila membaca status facebook pemimpin PAS, Zakaria Dagang yang tertulis “Apabila kita memulakan serangan, maka kita mesti bersedia untuk diserang”
Kalau beginilah permulannya, imej PAS sebagai sebuah parti yang ‘samseng’ dan ‘bengis’ akan kekal buat selama-lamanya.
Namun, hal itu tidak berpanjangan kerana Kerajaan Negeri telah mengumumkan Karnival TTB ditangguhkan kerana menghormati kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.
Dakwaan PAS yang mengatakan program HARAP akan mengurangkan pengaruh dan kekuatan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai ADUN Seberang Takir juga sangat meleset.
Tuduhan itu bersifat kebudak-budakkan.
Pada hemat penulis, HARAP yang dianjurkan oleh PAS di Seberang Takir sebenarnya bukan mahu ‘tunjuk kuat’ kepada UMNO.
Sebaliknya, PAS mahu menunjukkan kekuatan parti itu kepada rakan politiknya sendiri iaitu PKR bahawa PAS layak untuk bertanding di kerusi DUN Seberang Takir pada pilihan raya umum seterusnya.
Pada kempen PRU 13, PKR mendakwa PAS mungkir janjir kerana turut meletakkan calon parti itu di DUN Seberang Takir hingga menyebabkan berlaku pencalonan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PKR dan PAS pada hari penamaan calon, 20 April 2013.
Selepas 48 jam, calon PKR di DUN Seberang Takir, Ahmad Nazri Mohd Yusof menarik diri.
Pada PRU 12 tahun 2008, PKR turut menjadi lawan kepada Barisan Nasional di DUN Seberang Takir.
Rakyat telah menilai siapa PAS. Parti politik yang sanggup memancung  kawan sendiri di DUN Seberang Takir pada saat genderang perang PRU 13 mula dipalukan. Mesrakah PAS?
Dengan program berskala besar dan kehadiran ramai orang, PAS mahu ‘tunjuk kuat’ kepada PKR bahawa parti itu lebih layak!
Selain itu, kelibat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah yang dijadualkan akan hadir pada kemucak program itu turut menimbulkan tanda tanya kepada penyokong PAS sendiri.
Mohd Amar yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS diberi tempat ‘istimewa’ oleh PAS Terengganu. Dimana Mohamad Sabu yang menang Timbalan Presiden PAS?
Mohd Amar tewas dengan majoriti 98 undi kepada Mat Sabu dalam pemilihan parti itu pada November 2013.
Dalam keadaan sebilangan rakyat Kelantan masih ‘berperang untuk hidup’ dengan kemusnahan bencana banjir, Mohd Amar masih ada masa untuk datang berceramah di Terengganu.
Apa agenda politik PAS Terengganu bersama Mohd Amar? Adakah Mat Sabu sedang dipinggirkan oleh PAS Terengganu?
Sumber : FM
Postingby : Pena Biru

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib