Wednesday, 14 January 2015

Lawak.. Peragut Wan Maimunah Jadi ‘Troll’ Di FB

'Suspek' yang meragut Wan Maimunah jadi bahan lawak di Facebook.
TERKEKEH-KEKEH ketawa melihat ‘troll’ lawak  rakyat Malaysia cipta yang diadaptasikan dari sebuah iklan tempatan berjudul ‘Waspada Peragut’.
Anda perasan tak, jika anda ‘scroll’ komen pengguna sosial daripada facebook milik Pen Merah, Sukan Star dan beberapa akaun media online yang lain pastinya akan muncul ‘troll’ mengenai gambar peragut Wan Maimunah ini.
10881488_594902633977493_3884363221017180797_n10885278_342126162660906_3785868109755883986_n
Entah kenapa tiba-tiba iklan kisah Wan Maimunah ini menjadi popular dan bahan lawak pengguna laman-laman sosial.
Antara kapsyen lawaknya ialah, “Kesian Wan Maimunah, tiga kali diragut… tolong tangkap peragut Wan Maimunah!” ujar seorang pengguna sosial.
Lebih lawak, ada pulak pengguna sosial mempersoalkan pihak polis dengan bertanya “PDRM kenapa peragut Wan Maimunah masih bebas?”
10899410_962822870414276_1206741629_n
Memang tidak dinafikan, iklan tersebut sering kali ditayang di televisyen hingga kita sendiri boleh menghafal babak-babak iklan tersebut.
Mungkin, gara-gara iklan itu sering ditayang hingga ada pulak pihak-pihak tertentu menjadikannya ‘troll’.
‘Troll’ yang dicipta itu memang lawak giler hingga senak perut ketawa jadinya.
Kesian pelakon lelaki berkenaan, tak pasal-pasal watak peragut dalam iklan tersebut menjadi popular di sosial media.
Apa pun, sebenarnya iklan tersebut sememangnya bertujuan mengingati para wanita khususnya supaya berhati-hati daripada menjadi mangsa ragut. Namun tak sangka pulak ada yang menjadikannya bahan lawak.- MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib