Monday, 5 January 2015

Kisah Viral, Lelaki Baik Hati Dan Nota ‘Misteri’

Kisah pemuda bernama Khairol Izwan apabila kisah dia menerima sepucuk nota bersama wang, viral di media sosial.
BUAT baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali.
Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda bernama Khairol Izwan apabila kisah dia menerima sepucuk nota bersama wang, viral di media sosial.
Ceritanya bergini, sewaktu sedang memandu di SS15, Subang dia ternampak kereta kepunyaan seorang pakcik tua sedang mengalami kerosakan.
Lalu dia memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk membantu pakcik tersebut, iaitu dengan menolaknya.
Tanpa disedari, perbuatannya diperhatikan seseorang dari jauh yang mengagumi tindakan itu.
Setelah Khairol selesai membantu pakcik tersebut, si pemerhati pergi ke arahnya lalu menyerahkan sepucuk nota sambil memintanya membaca nota tersebut hanya selepas 5 minit  dia berlalu pergi.
Maka selepas 5 minit, Khairol pun membuka untuk membaca nota itu.
Dia sangat terharu dan tersentuh hati apabila membaca nota tersebut yang turut disertakan sejumlah wang buat dia belanja makan malam.
Ini semua diberikan oleh pemerhati tersebut bagi menghargai kebaikan yang telah ditonjolkan olehnya sewaktu membantu lelaki tua tadi.
soploh hengget 1
“Saya nampak awak keluar dari kereta di tengah-tengah jalan di SS15 Subang semata-mata untuk bantu menolak kereta seorang lelaki tua. Saya sangat mengagumi kebaikan awak, manusia zaman sekarang tak ramai yang punyai masa untuk perkara seperti ini. Terima kasih. Sila nikmati makan malam yang bagus. Saya belanja. Tuhan memberkati anda! Anda berhak untuk ini!”
Semoga kisah ini dapat menjadi inspirasi kepada kita dalam melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Aura positif ini patut disebarkan di dalam masyarakat kita. -MYNEWSHUB.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib