Tuesday, 6 January 2015

Ifa Raziah nafi mahu menggatal, sedih dikritik Rosyam Nor

 photo gambar_ifa_2.jpg
Aksi Ifa Raziah dipeluk pelakon Hisyam Hamid jadi cemuhan peminat.
Semalam, Ifa Raziah menerima kritikan hebat di laman sosial tempatan kerana persembahannya untuk finale Gegarvaganza yang menampilkan dirinya berpeluk dengan Hisyam Hamid.
Malahan pada malam terserbut, dia juga menerima kritikan dari Datuk Rosyam Noor selaku juri pertandingan yang berpendapat persembahannya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat.



 photo gambarifa1.jpg

Melalui mStar Online, Ifa telah menyuarakan rasa terkilan terhadap teguran itu kerana dirinya tiada niat untuk menggatal dengan Hisyam Hamid.
Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.
Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini.
Ifa Raziah telah menampilkan kebolehannya menyanyi dengan bersungguh-sungguh dalam program Gegarvaganza. Selama ini dia lebih dikenali sebagai penyanyi dangdut. Gimik Ifa khabarnya mendapat keizinan dari suaminya serta mendapat sorakan penonton. Namun begitu, dia dikecam hebat di laman sosial kemudiannya untuk aksi tersebut.
Mungkin Ifa perlu lebih berhati-hati untuk gimik dalam persembahan selepas ini dan bersikap lebih sensitif dengan norma dan budaya masyarakat Malaysia.- Malaysia Gazette

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib