Wednesday, 28 January 2015

Epik.. Kereta DeLorean ‘Back To The Future’ Ditemui Di Miri

Kereta mirip Delorean DMC-12 yang diubahsuai seperti kereta digunakan dalam filem Back To The Future ini ditemui di Miri.
KEBANYAKAN peminat filem Back To The Future lakonan Michael J Fox pastinya pernah mengagumi kereta DeLorean DMC-12 yang diubahsuai menjadi mesin merentas masa dalam filem itu.
Filem berkenaan diterbitkan oleh Steven Spielberg pada 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis.
DeLorean_2
Kereta Delorean yang digunakan dalam filem sekual Back To The Future III.
Selaku salah seorang peminat filem tersebut kami terpaku seketika apabila mendapati di laman Facebook hari ini, kereta yang mirip seakan-akan kereta digunakan dalam filem berkenaan kini dikesan berada di Miri, Sarawak.
Bagaimanapun, gambar kereta itu tidak disertakan dengan maklumat lanjut.
Individu yang memuatnaik gambar berkenaan juga, didapati turut meminta pengguna Facebook yang mempunyai maklumat tambahan terutama tentang pemilik kereta epik tersebut memaklumkan padanya.
Kereta itu kini ditempatkan di bawah sebuah kawasan parkir berbumbung di sebelah sebuah kereta BMW.
Tayar hadapan sebelah kirinya bagaimanapun didapati telah pancit dipercayai kerana kereta diparkir dalam tempoh lama.
Back To The Future mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J Fox), seorang remaja yang secara tidak sengaja dihantar kembali ke zaman silam 1985-1955 di mana dia berpeluang bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi. Di sini berlaku insiden yang boleh mengubah sejarah jadi Marty harus membetulkan keadaan semula.
Apa pun, di bawah kami siarkan klip video yang memaparkan scene pertama mesin masa ciptaan Doc Brown menggunakan kereta DeLorean diperkenalkan kepada Marty bagi mengimbau semula kenangan anda. -MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib