Monday, 5 January 2015

Aksi Selena Gomez Dalam Masjid Dikecam (4 Gambar)

Aksi Salena Gomez dalam masjid dikritik peminat.
PENYANYI pop terkenal, Selena Gomez dikecam hebat oleh para peminatnya gara-gara memuat naik beberapa gambar ketika lawatannya di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi ke dalam Instagram.
Kontroversi tercetus gara-gara bekas kekasih Justin Bieber ini merakam gambar dengan aksi mempamerkan pergelangan kakinya ketika berada dalam masjid tersebut.
Selena akhirnya membuang gambar tersebut setelah dikritik oleh peminatnya yang menganggap perbuatan itu sesuatu yang biadap.
Antara peminatnya, Alaa Almitwally menulis, “Biadab! Masjid ialah tempat suci, ia bukan tempat untuk berseronok, sungguh mengecewakan.”
Pada masa sama, gambar gelagat Selena bersama rakan-rakannya Kendall Jenner, Gigi Hadid, Cody Simpson dan Shay Mitchell dalam masjid tersebut turut menimbulkan perasaan kurang senang khususnya para penganut Islam.
Selena-Gomez (1) (1)
Selena-Gomez (2)
Selena-Gomez-visits-Abu-Dhabis-Sheikh-Zayed-Grand-Mosque (1)
“Jika mereka berniat untuk mempelajari, mereka tidak akan berkelakuan seperti berdiri di luar atau di taman tema. Saya sukakan Selena Gomez, tetapi saya bukan lagi peminatnya,” komen Ayisha Elturk.
Rata-rata peminat menyifatkan perbuatan Selena ini sesuatu yang tidak sensitif terhadap rumah ibadat.
Selain Selena, penyanyi terkenal Rihanna sebelum ini pernah menimbulkan kekecohan apabila merakam ‘pose’ seksi hingga dihalau dari sebuah masjid. – MYNEWSHUB.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib