Monday, 5 January 2015

(5 Gambar) Penunggang superbike maut kemalangan di Gemuruh Terengganu

Kemalangan di susur keluar mengakibatkan penunggang motosikal.
KUALA NERUS – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan  di Kampung Gemuroh, Tepuh, di sini, semalam.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari iaitu kira-kira 500 meter daripada persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT 2) Gemuroh itu, turut menyaksikan mangsa maut serta merta di tempat kejadian.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Wan Mohdzar Wan Johar yang beralamat di Kampung Padang Baloh, Jerteh, Besut.
Difahamkan, mangsa yang juga seorang kakitangan pelantar minyak Petronas di Kemaman yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu itu cuba mengelak sebuah lori yang membuat pusingan U sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Mangsa yang berusia 53 tahun dikatakan gagal mengawal motosikal yang ditungganginya akibat jalan licin lalu memasuki laluan bertentang dan terlanggar sisi sebuah lori yang datang dari arah hadapan.
Akibatnya, mangsa yang menunggang bersendirian itu tercampak dan terjatuh serta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. -Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib