Wednesday, 7 January 2015

11 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Mungkin Anda Tak Tahu

11 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Mungkin Anda Tak Tahu.
SETIAP kali selepas bangun atau sebelum tidur, antara rutin yang akan dilakukan kebanyakan kita adalah memberus gigi.
Bagi tujuan ini pastinya, ubat gigi digunakan sebagai medium utama untuk menyahkan kekotoran, plak mahupun bau kurang menyenangkan dalam mulut.
Namun, pernahkah anda terfikir, selain menjadi ejen mencuci, ubat gigi juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain dalam kehidupan seharian?
Mari kita baca dan lihat 11 fungsi ‘tak rasmi’ ubat gigi yang mungkin anda tak pernah tahu!
10401960_540576392712284_2345768686347746418_n
1. Ubat gigi mampu menghilangkan calar halus di permukaan telefon bimbit
Ya, buat pengguna yang tidak meletakkan pelindung skrin (screen protector), masalah utama yang dihadapi semestinya calar di permukaan telefon bimbit.
Apa kata anda mencuba teknik ini yang tak perlu mengeluarkan sebarang kos. Apa yang anda perlu buat adalah menggosok permukaan skrin tersebut dengan ubat gigi dan garisan halus pasti beransur hilang.
10801904_540576439378946_1224523247029128315_n
2. Ubat gigi boleh menghapuskan calar di permukaan CD atau DVD, sekaligus membaikinya
Kebanyakan kita memiliki tabiat yang sama iaitu malas meletakkan cd mahupun dvd yang telah ditonton/ didengar ke dalam bekasnya kembali. Kesannya, permukaan cd dan dvd akan dipenuhi calar.
Bagi menghilangkan kesan tersebut, anda hanya perlu menggosokkan cd/dvd anda dengan sedikit ubat gigi dan ia akan mengembalikan kualitinya seperti asal.
10891867_540576432712280_5958541090356927472_n
3. Buat suri rumah yang kehabisan bahan peluntur, boleh mencuba teknik menyapu ubat gigi di bahagian kotoran degil
Ini mungkin berita gembira buat suri rumah yang kehabisan bahan peluntur. Bagi menggantikan fungsi memutihkan atau mengembalikan baju pada warna asal, anda boleh menggosok fabrik yang terkena kotoran itu dengan ubat gigi. Ya, kotoran tersebut pastinya akan terhapus.
1501822_540576459378944_3514595864220547397_n
4. Ubat gigi juga mempunyai keberkesanan untuk mengilatkan kembali permukaan seterika yang sudah malap
Dalam masa setahun, permukaan seterika akan mula berubah menjadi malap dan tidak lagi berkilat akibat dari hawa panas yang dihasilkan. Jadi, cara untuk mengembalikan kekilatan peralatan tersebut adalah dengan menggunakan ubat gigi dan sehelai kain.
Tekniknya mudah sahaja, iaitu menggosok kain bersama sedikit calitan ubat gigi ke permukaan yang kusam itu. Hasilnya, ia akan kembali berkilat dan kelihatan baru.
10806293_540576312712292_1710245286781637941_n
5. Teknik mencerahkan kasut yang sudah kotor dengan menggosok permukaan yang gelap dengan ubat gigi
Buat pelajar sekolah, selepas ini anda tak perlu lagi gusar kalau bahagian kasut kotor dan gelap. Guna sahaja ubat gigi dan gosok di bahagian tersebut, pasti kasut anda akan kembali seperti sediakala.
10888701_540576342712289_1377905813094186324_n
6. Memutih dan membersihkan kuku dengan hanya menggunakan ubat gigi
Buat wanita yang tak sempat ataupun malas ke salon, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan kuku yang cantik, bersih dan berkilat.
Apa yang anda perlu buat adalah menggosokkan kuku anda dengan ubat gigi dan kuku pasti kelihatan bersih dan berkilat seperti mendapatkan servis di salon!
10898022_540576706045586_7016785151049184417_n
7. Kalau permukaan papan kekunci piano anda sudah berwarna kuning dan kusam, cubalah menggosoknya dengan kain dan sedikit ubat gigi
Dalam masa beberapa tahun, permukaan papan kekunci piano pastinya mula bertukar warna menjadi kuning kesan daripada perubahan suhu, kekotoran dan sebagainya.
Maka, guna sahaja ubat gigi untuk mengembalikan warna putih asal dan mengekalkan kecantikan papan kekunci tersebut.
10888694_540576329378957_819088311489632358_n
8. Ubat gigi juga boleh berfungsi sebagai penghapus gegelang air (water ring) di atas meja kayu
Ya, kalau anda perasan, jika kita meletakkan gelas berisi air dalam jangka waktu yang lama di atas meja kayu, maka permukaan di bawah gelas akan muncul satu kesan bulat yang susah untuk dihilangkan.
Usah gusar jika gegelang tersebut muncul lagi di meja kayu rumah anda, sapu sahaja dengan ubat gigi dan ia pasti hilang.
10897121_540576412712282_9117776619911438031_n
9. Ubat gigi mampu hilangkan gula-gula getah yang terlekat di rambut
Nah, kalau ada rakan yang terlebih nakal mengenakan anda dengan meletakkan gula-gula getah di rambut, tak usahlah potong rambut tersebut kerana ada cara untuk menanggalkannya.
Gosok sahaja ubat gigi di bahagian tersebut dan ia pasti akan tertanggal dengan sendiri. Teknik ini boleh juga diaplikasikan pada bahagian baju yang terkena gula-gula getah.
10891933_540576309378959_5123983043406175662_n
10. Tanggalkan contengan pen marker kekal (permanent marker pen) di permukaan meja kayu
Kalau ada anak-anak anda yang terlebih kreatif menconteng permukaan perabot kayu di rumah, usahlah mengamuk! Guna sahaja ubat gigi untuk cuba menghilangkan kesan contengan tersebut.
10425423_540576409378949_3460486460173485925_n
11. Ubat gigi mampu menghilangkan bau di tangan
Buat ibu-ibu yang rajin memasak, pastinya tangan mereka akan sentiasa berbau bahan-bahan masakan seperti hanyir ikan ataupun bau bawang putih dan bawang besar.
Lepas ini, para ibu bolehlah menggunakan ubat gigi untuk menghilangkan bauan tersebut, atau mengurangkannya.
MYNEWSHUB

1 comments:

  1. dah tau. dah praktik masa dok hostel..

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib