Dominasi francais-francais terhebat tahun ini antara sebab kenapa anda mesti meluangkan lebih banyak masa bagi menonton wayang.
Di sini penulis senaraikan 10 filem hebat 2015 yang mesti ditonton.
1) Into The Woods – Tarikh tayangan, 15 Januari 2015
Kupasan: Memulakan keterujaan tahun baru ini adalah filem terbitan Walt Disney Pictures, Into The Woods.
Berkonsepkan muzikal fantasi, keunikan filem ini terletak pada plotnya yang menggabungkan empat kisah dongeng ternama garapan Brothers Grimm.
Menerusi naskhah ini, penonton akan dibawa menyelami pengembaraan pasangan suami isteri Baker dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh si ahli sihir (Witch).
Cinderella and Prince CharmingJack and the BeanstalkLittle Red Riding Hood, serigala (Wolf) serta Rapunzel menjadi kunci kepada pasangan Baker bagi memastikan impian mereka untuk menimang cahaya mata dikabulkan Witch.
Filem ini membariskan nama-nama besar seperti Meryl Streep (Witch), Anna Kendrick (Cinderella), Johnny Depp (Wolf), Chris Pine (Prince Charming) dan James Corden (Mr. Baker).
2) Kingsman: The Secret Service – Tarikh tayangan, 19 Februari 2015
Kingsman: The Secret Service, 19 Februari 2015
Kingsman: The Secret Service, 19 Februari 2015
Kupasan: Apakah yang akan terjadi apabila anda perlu merekrut sekumpulan anak muda dengan bakat istimewa untuk dijadikan pengintip profesional?
Misi ini yang perlu dipenuhi Harry Hart, seorang ejen veteran daripada sebuah agensi perisikan bebas antarabangsa.
Filem ini diadaptasi daripada komik The Secret Service karya Mark Millar dan David Gibbons.
Ia dibarisi Colin Firth (Harry Hart), Taron Egerton (Eggsy) dan Samuel L. Jackson (Valentine).
3) Cicakman 3 – Tarikh tayangan, 12 Mac 2015
Cicakman 3, 12 Mac 2015
Cicakman 3, 12 Mac 2015
Kupasan: Sekual ketiga Cicakman terbitan KRU Studios ini akan menyaksikan perubahan jalan cerita bersama barisan pelakon baharu.
Masih menjadikan kota Metrofulus sebagai latar tempat, Cicakman 3 mengetengahkan kisah watak utamanya, Man yang menerima kuasa Cicakman terdahulu selepas menemui serum yang mengandungi kuasa luar biasa.
Man perlu menyelamatkan Metrofulus daripada agenda jahat penjenayah baharu, SuperBro.
Lakonan mantap Zizan Razak (Cicakman) dan Lisa Surihani (Linda) ini sememangnya wajib ditonton kerana ia merupakan satu-satunya adiwira tempatan kebanggaan kita.
4) Furious 7 (Fast and Furious)  – Tarikh tayangan, 2 April 2015
fast 7
Furious 7 (Fast and Furious), 2 April 2015
Kupasan: Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Furious 7 bakal menjadi filem paling dinanti-nantikan pada tahun ini.
Selain menjadi penamat kepada francais The Fast and The Furious yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, ia juga merupakan karya seni terakhir menampilkan bintang Hollywood kesayangan ramai, Paul Walker.
Meninggal dunia pada November 2013 dalam satu kemalangan jalan raya, peranan Paul sebagai Brian O’Conner dalam naskhah akhir ini turut dijayakan oleh dua orang adiknya, Caleb dan Cody Walker.
Mereka berdua menjadi pengganti mendiang abangnya dalam baki babak yang tidak sempat dijalani Paul.
Menerusi Furious 7, penonton akan menyaksikan kemelut baharu selepas kru yang diketuai Dominic Toretto (Van Diesel) berjaya menumpaskan Geng Owen Shaw dan pulang ke Amerika Syarikat.
Kehidupan aman yang didambakan kini digugat oleh abang Owen, Ian Shaw (Jason Statham) yang mahu membalas dendam atas kematian adiknya.
5) The Avengers: Age of Ultron – Tarikh tayangan, 30 April 2015
The Avengers: Age of Ultron, 30 April 2015
The Avengers: Age of Ultron, 30 April 2015
Kupasan: Pasukan adiwira terhebat dunia kembali bersama misi baharu demi menyelamatkan bumi daripada ancaman Ultron.
Iron Man, Captain America, Thor, Incredible Hulk, Black Widow dan Hawkeye berpadu tenaga dalam sekuel kedua The Avengers ini selepas aksi berpasukan mereka pertama kali dilayarkan pada tahun 2012.
Adaptasi daripada komik Marvel ini masih mengekalkan Robert Downey Jr. (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Chris Hemsworth (Thor), Mark Ruffalo (Incredible Hulk), Scarlett Johansson (Black Widow) dan Jeremy Renner (Hawkeye).
6) Insidious 3 – Tarikh tayangan, 11 Jun 2015
Insidious 3, 11 Jun 2015
Insidious 3, 11 Jun 2015
Kupasan: Insidious, antara francais filem seram yang meraih sambutan hangat di seluruh dunia degan filem pertamanya ditayangkan pada 2010 diikuti pada 2013.
Tahun ini, ia kembali bersama plot misteri baharu. Biarpun tidak diarahkan pengarah asalnya, James Wan, Insidious 3 menjanjikan jalan cerita lebih menarik, mengimbas kembali kejadian seram serupa sebelum ia dialami keluarga Lambert dalam dua filem terdahulu.
Sebagai naskhah prekuel, filem ini juga akan merungkai penglibatan Elise Rainier sebagai pengantara alam ghaib.
Peranan Elise masih dipegang Lin Shaye dan dia turut dibantu Dermot Mulroney , Stefanie Scott dan Hayley Kiyoko.
7) Jurassic World – Tarikh tayangan, 11 Jun 2015
Jurassic World, 11 Jun 2015
Jurassic World, 11 Jun 2015
Kupasan: 22 tahun selepas filem pertama, Jurassic Park (1993) ditayangkan, filem tentang dinosaur kemudiannya menjadi satu fenomena luar biasa.
Francais itu diteruskan dengan penerbitan Jurassic Park II: The Lost World (1997) dan Jurassic Park III (2001).
Bagaimanapun ada sesuatu yang istimewa tentang keluaran baharunya tahun ini, Jurassic World.
Penantian para peminatnya selama 14 tahun bakal berakhir Jun ini.
Malah, Jurassic World menjanjikan jalan cerita lebih menarik berbanding dua sekuelnya sebelum ini.
Ia akan membawa penonton kembali ke taman tema asalnya yang terletak di Pulau Isla Nublar.
Plotnya ditetapkan pada waktu selepas 20 tahun kejadian Jurassic Park pertama terjadi dengan taman tema itu kini berfungsi sepenuhnya sebagai tarikan terhebat dalam kalangan orang ramai.
Penciptaan sejenis dinosaur hibrid oleh pakar genetik taman tersebut telah mencetuskan huru-hara dan meletakkan para pengunjung dalam zon bahaya.
Filem ini akan menyaksikan Chris Pratt (Owen) sebagai tunjang utama di samping Bryce Dallas Howard (Claire) dan Nick Robinson (Zach).
8) Terminator Genisys – Tarikh tayangan, 2 Julai 2015
Terminator Genisys, 2 Julai 2015
Terminator Genisys, 2 Julai 2015
Kupasan: Francais yang ini juga ditunggu-tunggu ramai.
Biarpun jalan cerita sekuel-sekuelnya menerima kritikan negatif daripada pengikut setianya, Terminator Genisys hadir untuk menghidupkan kembali keterujaan penonton terhadap rantaian The Terminator yang pertama kali ditayangkan pada tahun 1984.
Filem kelima ini menjadi prekuel dan sekuel kepada filem pertamanya serta akan memulakan kembali ceritanya dari awal.
Ia bermula dengan konflik di antara Resistance dan robot pada tahun 2029.
Apabila mendapat laporan bahawa Skynet akan melancarkan serangan dari masa lampau dan masa depan, pemimpin ResistanceJohn Connor memilih Kyle Reese untuk merentasi masa lampau dan menyempurnakan misi mereka.
Sarah Connor juga akan bersama-sama Kyle menentang model baharu T-800 dan T-1000.
Perjuangan mereka turut dibantu model lama T-800 yang menampilkan Arnold Schwazenegger.
Filem ini melibatkan Jai Courtney (Kyle Reese), Emilia Clarke (Sarah Connor), Jason Clarke (John Connor) dan Byung hun-lee (T-1000).
9) Spectre – Tarikh tayangan, 5 November 2015
Spectre, 5 November 2015
Spectre, 5 November 2015
Kupasan: Ejen 007 kembali dalam filem ke-24 daripada francais James Bond ini.
Spectre merupakan kemunculan keempat Daniel Craig sebagai Bond dan misinya kali ini adalah menyiasat sebuah organisasi mencurigakan dengan nama Spectre.
Siasatan itu dijalankan selepas dia menerima satu mesej rahsia berkaitan organisasi tersebut.
Masa depan M16 pula digugat oleh beberapa pihak dan memaksa M untuk terus mencari jalan penyelesaian terbaik.
Spectre turut dibarisi Ralph Fiennes (M), Monica Bellucci (Lucia Sciarra) dan Christoph Waltz (Franz Oberhauser).
10) Star Wars: The Force Awakens – Tarikh tayangan, 17 Disember 2015
Star Wars: The Force Awakens, 17 Disember 2015
Star Wars: The Force Awakens, 17 Disember 2015
Kupasan: Sejak diperkenalkan pada tahun 1977, Star Wars telah menjadi francais filem sains fiksyen angkasa lepas teragung dalam sejarah.
Selepas menanti selama 10 tahun (tidak mengambil kira animasi Star Wars: The Clone Wars pada 2008), peminat siri ini semestinya tidak sabar untuk menonton keluaran baharunya, Star Wars: The Force Awakens.
Apa yang menjadikan filem ini menarik adalah plot ceritanya yang bakal menceritakan kejadian selepas 30 tahun peristiwa kepulangan Jedi dan setelah Darth Vader ditewaskan.
Secara amnya, naskhah ini adalah sambungan bagi Star Wars: Episode VI–Return of the Jedi yang ditayangkan pada tahun 1983.
Filem ini dibintangi oleh Harrison Ford (Han Solo), Mark Hamill (Luke Skywalker), Carrie Fisher (Leaia Organa), John Boyega (Finn) dan Oscar Isaac (Poe Dameron). – The Rakyat Post