Tuesday, 16 December 2014

Suri rumah terkejut 'bela' anjing dalam telefon bimbit

Gambar anjing dalam telefon pintar Samsung.
Seorang suri rumah terkejut melihat foto anjing yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya. Azlina Samsu, 34, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain. Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu.

“Saya terkejut melihat anak menekan kod *#0*# kemudian menekan sensor dan imej test lalu keluar gambar anjing. 


Baca (11 Gambar) Orang Islam sertai Kempen Sentuh Anjing

Baca Penjelasan hukum pegang dan bela anjing dari sudut Islam


“Saya yang pada mulanya tak percaya mula menekan kod sama dalam telefon bimbit kawan jenis sama dan memang sah tersimpan gambar anjing serupa,” katanya.

Azlina berkata, gambar haiwan berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar anjing dibawa masuk ke dalam masjid.

Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan. -Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib