Tuesday, 9 December 2014

Sharnaaz Ahmad anggap isu beli arak sebagai membosankan


Sharnaaz Ahmad berkata isu arak sengaja diadakan.
Pelakon Sharnaaz Ahmad melihat isu penyebaran gambar di menolak troli yang diisi dengan beberapa tin arak sebagai satu gosip yang membosankan.
Kejadian itu berlaku di sebuah pasaraya di Jepun.
Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata isu itu sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.
Tweet dari Sharnaaz Ahmad yang berang dengan wartawan Rotikaya.
Gambar Sharnaaz Ahmad membeli arak
“Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan?
“Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan..,” katanya.
Mesej ringkas Sharnaaz dilaporkan di laman Mstar Online hari ini.

Arak jelas kelihatan di dalam troli Sharnaaz Ahmad.
Semalam, sebuah blog memaparkan gambar Sharnaaz membeli-belah di pasaraya berkenaan bersama artis dan juga blogger Hanis Zalikha dan seorang lagi pelakon Mimi Lana.
Dalam gambar itu, troli yang dibawa mereka dilihat terisi dengan pelbagai makanan dan minuman tetapi troli yang dilihat seperti milik Sharnaaz turut mengandungi beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.
Sharnaaz yang kini muncul dalam drama Suamiku Encik Sotong berkata, gosip itu langsung tidak menjejaskan dirinya memandangkan isu itu ditimbulkan masyarakat luar.
“Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu,” tegasnya.
Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.
Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib